Sunday, September 13, 2020

WAKAF YG TIDAK DIJANGGKAKAN ...DOA DIPERMUDAHKAN

 Syukur, Alhamdullillah bila dihubungi Hamba Allah untuk memberi wakaf untuk Serambi Muslimah baki RM 15 ribu. Dan bertanyakan berapa lagi diperlukan. Kelu lidah dan sukar digambarkan perasaan gembira dan syukur kerana Allah memudahkan usaha yang kecil  untuk Surau Al~Haqq. Jumlah tambah tidak dapat diberikan apabila secara spontan diminta untuk memaklumkan tambahan. Alhamdullillah setelah membuat semakan blueprint 2020~2030 lantas di whatssap kepada pewakaf. Allahuakbar, begitu mudah Allah melorongkan wakafnya disaat diperlukan dan di dalam suasana Covid 19. Tambahan pula daripada Sahabat dlm perkhidmatan yg bersama2 berjemaah disurau Luqman DPTOJ Kementah. Aku masih terkedu dan bersyukur kerana paling banyak jumlah RM pewakaf yg menyumbang adalah RM 1ribu. Setelah hampir seminggu Pewakaf telah whatssup akan dtg dan bawa cek sekalii. Allahuakhbar, sekali lagi melonjak kegembiraan kerana apa yg diyakini dan dijanjikan akan dimakbulkan. Memandangkan hari Sabtu selepas Zohor...isteri menyediakan sotong kangkung, bergedil dan air teh. Air kelapa dibeli di Oasis Andalas dan bahan2 dibeli dipasar Tani dan sempat bersarapan di Restoren Merah dgn Mee Kari Jambo (RM 17). Dah menjadi rutin dan keseronokan bila tetamu datang akan dihidangkan juadah. Saat dinanti amat lambat dan tidak sabar melihat swsuatu yg akan menjadi kenyataan. Dari Zohor hingga Asar..aku tidak berani untuk menghubungi pewakaf hinggalah isteri menerima wassup jam 1548 mereka OTW dari Subang Bestari exit 503. Seusai solat Asar, aku hampir terlupa dan sekembalinya pewakaf akan mendirikan solat diruang Tamu. Sekali lagi dlm hidup aku cuba menahan kegembiraan. Selepas minum ptg, bercoloteh cerita dlm perkhidmatan, kejiranan...saat dinanti tiba dan........................MashaAllah..cek RM50ribu dan RM350.00 tunai. Hanya lafaz Alhamdullillah dan syukur Allah memakbulkannya melalui Abg Sabri dan Kak Yah. Salute dan terima kasih.











Awal lagi selepas Tadarus kami ke Bank Islam Bkt Tinggi bagi kemasukan ke ATM dan deposit Cek melalui Cek Box deposit...

No comments:

Post a Comment