Friday, September 4, 2020

PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN QURBAN 11 JUL



Alhamdullah, perbincangan telah dapat dilaksanakan pada 102130 hingga 212200 spt dirancang. Hampir 17 peserta hadir. Resit bayaran juga telah diberi oleh Bendahari Sdra Maarof kpd peserta. Mesy dimulakan dgn ucapan Alu-aluan oleh Imam Rawatib Biro Dakwah. 
1. Mesyuarat diberi taklimat kertas kerja Qurban/Aqiqah 2020M mengenai latarbelakang, bayaran dan opsyen kpd peserta. 

2.  Pilihan Opsyen Sembelihan Qurban/Aqiqah. 
a.  Op 1 Dilaksanakan dimasjid yg dibenarkan. 
b. OP2 dibuat secara outsource di pusat sembelihan yg diiktiraf.
3.  Keputusan yg hadir. Semua peserta bersetuju dgn OP2 iaitu dgn Azhar IG Farm Sg Rambai Melaka.

4. Perbincangan memberi fokus kepada pelaksanaan OP 2. 

a.   Ianya melibatkan sijil kesihatan ternakan, penyembelihan, melapah, permindahan daging mengikut bhg Qurban & Aqiqah. Sembelihan dilaksanakan pada 31 Jul 2020 jam 0930 pagi.  Pihak sykt dikehendaki mendapatkan sijil kesihatan veteriner dan permit perpindahan lembu/daging lembu keluar kwsn.

b.   Perpindahan daging dari pusat sembelihan ke Taman Sentosa Klang mengunakan kenderaan yg bersesuaian. Kenderaan yg digunakan akan diberikan upah, kos minyak dan Tol. AJK akan memilih kenderaan yg baik bagi memastikan perjalanan dan daging yg dibawa tidak rosak/tidak tercemar. Bahagia dalam kecuali perut/usus tidak akan dibawa balik. Bahgian kepala dll selain daging dan tulang akan dibincang dgn Azhar IG Farm sebelum 15 Jul.

c.   Peserta juga bersetuju, pengambilan akan dibuat oleh Pengurusan dan edaran kpd peserta dan sedekah kpd Asnaf/fakir miskin/ahli kariah. 

d.  Seramai 10 org diperlukan untuk pengurusan (ambil, pembahagian daging, agihan kpd peserta dan ahli kariah. 3 orang bagi urusan penghantaran kerumah yg tidak dapat hadir kesurau. Borang istihar kesihatan dan lain2 borang akan dipenuhi. Peserta juga diminta untuk membwei nama2 yg boleh membantu urusan agihan dll yg diperlukan nanti. Keputusan: untuk pengambilan 3 orang diketuai oleh Hj Sapani dibantu oleh En Aris dan En Fadzli. Pembahagian dan pengagihan diketuai oleh Hj Tayazi, Abg Shamsudin, Abg Ishak dan En Asmuni.

e.  Penggunaan bekas bertutup dan alir udara akan dibeli oleh pengurusan dan diperuntukan bagi pengisian daging dan tulang kpd peserta. Keputusan: Bekas bertutup dibeli di IKEA berharga RM 15.00 setiap satu.

f. Peserta juga diperlukan untuk mengisi dan tanda tangan Sijil Akad Qurban/ Aqiqah sebelum 20 Jul 2020. Keputusan: Surat Akad bagi mewakilkan Ustaz Basha yelah dikembalikan oleh para peserta untuk diserahkan kpd syarikat Ig Farms Merlimau/Kesang selaku pusat sembelihan korban.

g.  Tanda Kenangan Qurban/Aqiqah Covid 19. Semua peserta bersetuju untuk mengadakan satu tanda kenangan di dalam ibadah yg menjadi sejarah. Selain sijil yg diberikan, pihak pengurusan atau peserta boleh memberi cadangan bentuk tanda kenangan tersebut. Keputusan:Sijil penyertaan diberikan kpd setiap peserta.

h.  Kewangan.  Sejumlah RM 1,872.00 wang lebihan jualan dan wang pengurusan peserta akan dibelanjakan. Anggaran kasar bagi upah sembelihan, melapah, bekas isi daging/tulng, kos pengangkutan/delivery serta tanda kenangan ialah RM 1683.00.  Bendahari 2, Sdra Maarof akan menyemak dan merekodkan setiap perbelanjaan yg digunakan. Sejumlah wang yang berbaki akan diserahkan ke Akaun Tabung Surau. 




No comments:

Post a Comment