Monday, September 21, 2020

RAK PEWANGI & KESAN DARI BAWA SEJADAH

 Alhamdullilah, tempat letak minyak attar @ pewangi perfume dibeli di DIY. Siap dipasang selepas Zohor. Habit yg masih berterusan ialah sejadah yg diguna diletak di sekitar ruang solat. Ini adalah kerana sejadah yg dibawa dirumah ditinggalkan di dalam surau, sepatutnya dibawa balik dan bila dtg solat dibawa bersama. Ada yg meninggalkan penutup muka dan bergantungan di rak kunci, penyangkut dan diguna semula. Ini dari sudut kesihatan ianya tidak baik dan boleh mengundang penyakit merebak. Jika dibiar, ianya akan menjadi isu dan ad ayg membantah, jika dibiar ianya boleh menyebabkan udara yg dikuatiri  tercemar. Perlu diberi penerangan secara berhemah. Semoga Allah mempermudahkan pengurusan surau. InshaAllah.












No comments:

Post a Comment