Thursday, September 3, 2020

Kuliah Ustaz SHUKOR 4 Sep 2020

 Spt biasa kelas pengajian bab Fardhu Ain.. Kelas membawa tajuk Matlamat... Setiap manusia mempunyai matlamat. Manusia terbaik adalah mereka yg mempunyai matlamat hidup didunia dan diakhirat. Intipati lain mengenai 7 golongan yg mendapat lindungan Arash Allah dipadang Masyhar. Pertama..Pemimpin yg Adil..cth Khulafah dan sahabat nabi. Ke2. Pemuda yg membesar Dalam Ketaatan Ibadah..cth kisah pemud adlm Ashbul Kahfi ke 3....Seseorang yg Hatinya terikat dgn masjid/surau. Ke 4..Dua org yang saling mencintai kerana Allah, Berkumpul dan Berpisah kerana Allah. Ke 5...Seseorang Lelaki Yang diajak Berzina oleh seorang perempuan kaya dan cantik tetapi menolak dan berkata"Aku takut pada Allah". Ke 6..Seseorang yang Bersedekah dgn sembunyi2 sehingga tangan kiri tidak tahu apa yg diberikan oleh tangan kanan. Ke 7...Seseorang yang Berzikir kepada Allah dalam kesunyian sehingga menitis Air Mata. Kelas tamat jam 2030 mlm. 

No comments:

Post a Comment