Saturday, July 3, 2021

PERMOHONAN FIDYAH ZAKAT UNTUK YANG TERKESAN PADA PKP DAN MUSIBAH

 Selepas diumumkan permohonan terbuka kepada ahli khariah, senarai yangmemerlukan telah disiapkan dan disahkan oleh Pengerusi dan diberikan kepada AJK Kebajikan da Pen Amil Zakat untuk tindakan pembahagian sekiranya diterima bantauan daripada JAIS. Seramai 13 penama telah disenarai pendek dan dimajukan ke urusetia Fidyah MAIS pada 16 Jun dan 21 Jun pihak Urusetia telah menerima dan dalam proses kelulusan. 

KEMASUKAN MAEPS SERDANG. Permohonan juga dimasukan untuk saudaa Zaki yang dimasukan ke MAEPS Klang kerana Positif Covid..Alhamdullilah telah kembali sihat dan discaj drp MAEPS pada 26 Jun 2021.

KEMATIAN: Berita juga diterima mengenai kematian Kakak kepada Puan Halimah isteri Mantan Imam Hj Mohd Sood bin Eksan iaitu arwa Siti Radiah bt Othman meninggal dunia jam 0330 pagi 25 Jun 2021. Jenazah telah dibawa ke Pusat NGO Kpg Delik dan seterusnya ke Jeram untuk disemadikan, Alhamdulllilah semuanya dipermudahkan dalam masa yang singkat. Jam 0815 dibawa ke Pusat NGO, dimandi.kafan dan solat jenazah dan seterusnya siap dibawa ke Jeram jam 0930 pagi. Surau telah mengadakan tahlil arwah 3 malam dan seterusnya terakhir pada 10 Jul bacaan Yaasin. Pihak Surau telah menyerahkan RM 700.00 melalui Tabung Khairat Kematian oleh ketua Bro Khairat Kematian Tuan Hj Abdul Razak dan turut dihadiri pengerusi (Hj Tayazi) kepada Tuan Hj Sood.

MASUK HOSPITAL. Pada pagi kematian arwah Siti Radiah, dimaklumkan juga Cik Gu Esah isteri Sdra Ramli bin Abdul Aziz (Teksi) dimasukan ke Hospl HUKM Cheras disebabkan sesak nafas dan juga masalah kesihatan yang dihadapi beliau. Pada malam 28 Jun 21 pihak surau telah mengadakan online fb live streaming (hanya 6 jemaah disurau) bagi bacaan Yaasin untuk disertai ahli khariah dan kepada sahabat yang mengenali beliau secara live streaming. Sesi solat hajat telah diadakan paada 29 dan 30 Jun 2021. Turut dibacakan Yassin kepada arwah adir Ipar Hj Radhi/Puah Habsah iatu arwah Hj Ramli Ampang Selangor yang kembali kerahmatullah pada petang 30 Jun 2021.

Di dalam masa PKP ini diharapkan apa2 yang diusahakan secara jauh dan tanpa kehadiran ramai disurau diterima Allah hendaknya. 

Penerimaan diterima pada 15/7...oleh Biro Kebajikan dan Pen Amil Zakat.  Seramai 16 penerima diluluskan. Pengerusi masih Kurantin covid di Rumah kerana anak positif




















No comments:

Post a Comment