Saturday, July 3, 2021

MODIFIKASI PENYEDUT HABUK & WAKAF PENYEDUT PELBAGAI GUNA (AIR/HABUK)

 Alat penyedut habuk lama telah agak uzur dan ianya mengeluarkan habuk kecil kerana tiada penapis habuk dibahagian atasnya. Apabila disedut habuk dilantai/karpet habuk-habuk halus berterbangan. Ianya dikesan apabila penapis udara yang dipasang menunjuk lampu merah dan tahap bacaan kepada 300PP diruang yang divaccum. Sesuatu perlu dibuat bagi memastikan habuk tidak keluar dan perlu ditapis ke dalam bekas kedap udara. Setelah membuat tinjauan barangan terpakai terdapat sebuah kereta sorong bayi jenama Betrix dan vacuum Jenama samsung yang dibuang dibawah garaj kereta sejak bulan Puasa (Mei) boleh dijadikan platform vacuum dan juga sebagai penapis udara. Pada 26 Jun kereta sorong dan vacuum samsung dibersihkan dan dibuang tempat duduk. Kerja-kerja ubahsuai dibuat pada 27 Jun 21 dengan memasang plywood dan saluran keluar udara vacuum utama disambung ke tempat penyedut habuk. Didapati juga mesin samsung masih elok dan bboleh diguna pakai bagi menyedut udara lebihan keluar ke dalam mesin samsung. Kerja-kerja dibuat ubahsuai pada 27 Jun dan 28 Jun ianya siap untuk diuji. Alhamdullah ianya berkerja cuma nampak messy dan kurang menarik. Yang penting ianya dapat memastikan kebersihan lantai surau.

Wakaf vacuum Oscar yang dtelah digunakan dan masih elok beroperasi tetapi tekanan udara agak kecil berbanding vaccum lama surau. Ianya akan digunakan bagi bilik-bilik kecil dan digunakan bagi rumput tiruan nanti. 

No comments:

Post a Comment