Thursday, July 22, 2021

IBADAH KORBAN 2021

 Syukur.. Majlis Qurban semasa PKP 3.0-PKPD telah disusunatur.  Ianya bermula dgn permohonan sumbangan lembu drp kerajaan Selangor, penyertaan korban dr Duopharma dan sekor lembu drp Ahli khariah.  Kesemua lembu dibuat sembelihan di pusat sembelihan. Pihak surau hanya membuat edaran bungkusan kecuali drp kerajaan Selangor secara carcass dimana petugas yg dibenarkan akan membuat pemotongan,  timbang dan pengasingan. Kerja secara Outsource dgn IG Farm Ustaz Basha... Semua kerja dilaksanakan pada 21/7 Hari Raya kedua.  Alhamdulillah Se
















mua dapat diselesaikan jam 5 ptg. Ucapan terima kasih drp Pengerusi... 

TEXT KEPADA PESERTA DAN PETUGAS, 

1. Alhamdulillah Agihan telah dibuat oleh AJK Pengurusan di bawah selian Timb Pengerusi Mohd Nor, Ketua Tim Operasi Hj Sapani dibantu oleh Bendahari Aris, Hj Hamzah AJK Kebajikan dan Abg Samsudin Pen Amil Zakat. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan2/Puan2  yg mengambil bahagian sebagai peserta Qurban pada tahun ini.  Syukur  dikala adanya SOP JAIS dan KKM yg ketat serta ramai yg mengambil bahagian Qurban (lebih murah diluar dan dalam negara)  secara online diluar khariah.Tuan2 dan puan2 adalah Insan TERPILIH oleh Allah kerana memberi 2/3 bahagian kpd Ahli Khariah sebagai sedekah  dan kepada Asnaf  di dalam khariah surau Al-Haqq. Surau juga mendapat penyertaan drp Duopharma (2ekor) dan kerajaan negeri (1 ekor).


2. Saya juga memohon maaf kerana TIDAK berada di masa perbincangan akhir dengan Ustaz Basha dan juga penerimaan daging qurban yg diterima serta memastikan daging bahagian peserta dan edaran dlm keadaan baik/sempurna. Saya juga memohon maaf di atas perancangan senarai PETUGAS yg hanya membenarkan 20 Petugas shj dibenarkan dan disaat akhir TIDAK dapat menyenaraikan kerana Pengurusan memerlukan tenaga ank muda bgi pewaris surau dimasa akan datang.


3.  Wang Pengurusan sebanyak RM 30.00 setiap peserta, wang sumbangan drp Ustaz Basha RM 500.00 dan sumbangan Duopharma RM 280.00 telah digunakan bagi sajian petugas,  pembelian bahan dan lain2 keperluan semasa pengurusan agihan korban.  Perbelanjaan keseluruhan belum dikeluarkan oleh Bendahari/Abg Din. SEKIRANYA ada lebihan wang ianya akan dimasuk ke akuan Tabung Surau. 


4. Saya juga mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada semua PETUGAS yg dapat meluangkan masa, tenaga serta keringat dan buah fikiran di dalam pengurusan Qurban 2021. Sebarang kelemahan hendaklah dicatatkan untuk penambahbaikan pengurusan dimasa akan datang -Jika diizinkan Allah. 


5.   Sekian,  saya memohon maaf diatas kelemahan di dalam Qurban tahun 2021-PKP 3.0-PKPD.

Wasalam. 

Drp: Pengerusi

No comments:

Post a Comment