Saturday, July 24, 2021

CENDERAHATI BUAT PESERTA & PETUGAS QURBAN SURAU AL-HAQQ

Gigih mengorek lubang untuk sisa lembu & kambing









Kronologi Qurban 2021H
Surta Arahan Qurban 2021 JAIS.. jun 2021
1. Surat permohonan Lembu Korban kpd Asas Tani...  Jun 21
2. Hebahan Penyertaan Qurban kpd Ahli Khariah... Jun 21
3.  Penyertaan DiTutup pada.... Jun 2021
5.  Permohonan kebenaran ke Masjid Barakah.. Kertas kerja dan aenarai petugas korban... 
4.  Perbincangan awal AJK Pengurusan  Korban... Jun 21
5. Surat hebahan Penyertaan Qurban kepada Duopharma... Jul 2021
6. Kutipan Pembayaran Qurban ahli Kariah... Rm 750.00 dan RM  30.00 pengurusan
7.    Penyerahan Akad Korban drp peserta...
9. Penerimaan kebenaran drp PAID klnag melalui Masjid Barakah... Jul 21.
8.  Pembayaran pertama kepada Ustaz Baaha melalui CDM.. RM 4,750.00 tolak sumbangan/diskaun IG Farms RM 500.00 pad 10 Jul 21.
11. Kelulusan penyertaan drp Duopharma RM 10,780.00 termasuk RM 280.00 wang pengurusan.
12. Perbincangan akhir dgn Ustaz Basha dgn AJK Pengurusan...17 Jul 21
13. Pindaan nama2 Petugas dan juga garis panduan..20 Jul. 
14. Penerimaan Daging Korban drp Asas Tani.  Carcass jm 0930.
15.  Penerimaan drp IG Farms jam 1600- 21 Jul. 
16.   Agihan kpd penerimaa jam 1930 - 21 jul 21.   Pembelian Flask Aluminium sebanyak kti 30 pada 22 Jul 21 bernilai RM 146.40.
22.   Draf,  lulus dan rekabentuk oleh SU Usta Rahim.. Rm 100.00 plus upah pada 25 jul 21.
23.  Penerimaan flask air drp Lazada pada 24 jul 21 jam 1800.
 







 


Thursday, July 22, 2021

IBADAH KORBAN 2021

 Syukur.. Majlis Qurban semasa PKP 3.0-PKPD telah disusunatur.  Ianya bermula dgn permohonan sumbangan lembu drp kerajaan Selangor, penyertaan korban dr Duopharma dan sekor lembu drp Ahli khariah.  Kesemua lembu dibuat sembelihan di pusat sembelihan. Pihak surau hanya membuat edaran bungkusan kecuali drp kerajaan Selangor secara carcass dimana petugas yg dibenarkan akan membuat pemotongan,  timbang dan pengasingan. Kerja secara Outsource dgn IG Farm Ustaz Basha... Semua kerja dilaksanakan pada 21/7 Hari Raya kedua.  Alhamdulillah Se
















mua dapat diselesaikan jam 5 ptg. Ucapan terima kasih drp Pengerusi... 

TEXT KEPADA PESERTA DAN PETUGAS, 

1. Alhamdulillah Agihan telah dibuat oleh AJK Pengurusan di bawah selian Timb Pengerusi Mohd Nor, Ketua Tim Operasi Hj Sapani dibantu oleh Bendahari Aris, Hj Hamzah AJK Kebajikan dan Abg Samsudin Pen Amil Zakat. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan2/Puan2  yg mengambil bahagian sebagai peserta Qurban pada tahun ini.  Syukur  dikala adanya SOP JAIS dan KKM yg ketat serta ramai yg mengambil bahagian Qurban (lebih murah diluar dan dalam negara)  secara online diluar khariah.Tuan2 dan puan2 adalah Insan TERPILIH oleh Allah kerana memberi 2/3 bahagian kpd Ahli Khariah sebagai sedekah  dan kepada Asnaf  di dalam khariah surau Al-Haqq. Surau juga mendapat penyertaan drp Duopharma (2ekor) dan kerajaan negeri (1 ekor).


2. Saya juga memohon maaf kerana TIDAK berada di masa perbincangan akhir dengan Ustaz Basha dan juga penerimaan daging qurban yg diterima serta memastikan daging bahagian peserta dan edaran dlm keadaan baik/sempurna. Saya juga memohon maaf di atas perancangan senarai PETUGAS yg hanya membenarkan 20 Petugas shj dibenarkan dan disaat akhir TIDAK dapat menyenaraikan kerana Pengurusan memerlukan tenaga ank muda bgi pewaris surau dimasa akan datang.


3.  Wang Pengurusan sebanyak RM 30.00 setiap peserta, wang sumbangan drp Ustaz Basha RM 500.00 dan sumbangan Duopharma RM 280.00 telah digunakan bagi sajian petugas,  pembelian bahan dan lain2 keperluan semasa pengurusan agihan korban.  Perbelanjaan keseluruhan belum dikeluarkan oleh Bendahari/Abg Din. SEKIRANYA ada lebihan wang ianya akan dimasuk ke akuan Tabung Surau. 


4. Saya juga mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada semua PETUGAS yg dapat meluangkan masa, tenaga serta keringat dan buah fikiran di dalam pengurusan Qurban 2021. Sebarang kelemahan hendaklah dicatatkan untuk penambahbaikan pengurusan dimasa akan datang -Jika diizinkan Allah. 


5.   Sekian,  saya memohon maaf diatas kelemahan di dalam Qurban tahun 2021-PKP 3.0-PKPD.

Wasalam. 

Drp: Pengerusi

Saturday, July 3, 2021

DOA HARI ARAFAH & BACAAN YAASI SERTA TAHLIL

Bismillah.. Sebarkan.


Insya Allah malam ni bersempena dgn Hari Arafah, Famili Tarbiah Project akan adakan satu *Majlis Bacaan Yaasin, Takbir Raya & Doa Khusus Arafah* hasil kerjasama dengan Jemaah Masjid / Surau Al-Haqq, Klang.


Tentatif :


7.50pm : Room Google Meet dibuka. Link untuk join : https://meet.google.com/qnv-izox-zwz


8.00pm : Zikir / Doa Arafah bersama2 (diketuai Ustaz Rahim Azhari)


8.10pm : Bacaan Yaasin (niatkan untuk diri, keluarga & Ummat Islam seluruh dunia)


8.25pm : Takbir Raya diketuai Ustaz Rahim Azhari


8.30pm : Bacaan doa & munajat khusus untuk kesejahteraan negara & keampunan seluruhnya.


8.45pm : Bersurai & bersiap untuk solat Isyak di rumah masing2.


Penyertaan adalah PERCUMA. Boleh sebarkan pada group2 lain & ajak sekali mak ayah untuk join sekali.


*Link untuk join :* 👇👇

https://meet.google.com/qnv-izox-zwz

(Akan dibuka 7.50pm)

*mohon semua off mic selepas join supaya tidak mengganggu Imam & jemaah yg lain.*

 Bulan Jun dan awal Jul sudah ada 3 kematian melibat ahli khariah. seorang positif covid dan 2 sakit jatung akibat komplikasi jantung, kencing manis dan darah tinggi. Bermula 25 Jun, 3 jul dan 4 Jul. Surau hanya menguruskan pada 4 Jul manakala positif diuruskan oleh HUKM dikebumikan di Johan Setia, seorang diurus oleh NGO dikebumikan di Jeram. Jenazah ke tiga akan dikebumikan di Tanah perkuburan Johan Setia. Semalam juga kali ke2 diadakan bacaan Yassin dan tahlil serentak dengan fb live streaming dan pautan google meet memandang hanya 6 jemaah sahaja dibenarkan. 

MODIFIKASI PENYEDUT HABUK & WAKAF PENYEDUT PELBAGAI GUNA (AIR/HABUK)

 Alat penyedut habuk lama telah agak uzur dan ianya mengeluarkan habuk kecil kerana tiada penapis habuk dibahagian atasnya. Apabila disedut habuk dilantai/karpet habuk-habuk halus berterbangan. Ianya dikesan apabila penapis udara yang dipasang menunjuk lampu merah dan tahap bacaan kepada 300PP diruang yang divaccum. Sesuatu perlu dibuat bagi memastikan habuk tidak keluar dan perlu ditapis ke dalam bekas kedap udara. Setelah membuat tinjauan barangan terpakai terdapat sebuah kereta sorong bayi jenama Betrix dan vacuum Jenama samsung yang dibuang dibawah garaj kereta sejak bulan Puasa (Mei) boleh dijadikan platform vacuum dan juga sebagai penapis udara. Pada 26 Jun kereta sorong dan vacuum samsung dibersihkan dan dibuang tempat duduk. Kerja-kerja ubahsuai dibuat pada 27 Jun 21 dengan memasang plywood dan saluran keluar udara vacuum utama disambung ke tempat penyedut habuk. Didapati juga mesin samsung masih elok dan bboleh diguna pakai bagi menyedut udara lebihan keluar ke dalam mesin samsung. Kerja-kerja dibuat ubahsuai pada 27 Jun dan 28 Jun ianya siap untuk diuji. Alhamdullah ianya berkerja cuma nampak messy dan kurang menarik. Yang penting ianya dapat memastikan kebersihan lantai surau.

Wakaf vacuum Oscar yang dtelah digunakan dan masih elok beroperasi tetapi tekanan udara agak kecil berbanding vaccum lama surau. Ianya akan digunakan bagi bilik-bilik kecil dan digunakan bagi rumput tiruan nanti. 

PERMOHONAN FIDYAH ZAKAT UNTUK YANG TERKESAN PADA PKP DAN MUSIBAH

 Selepas diumumkan permohonan terbuka kepada ahli khariah, senarai yangmemerlukan telah disiapkan dan disahkan oleh Pengerusi dan diberikan kepada AJK Kebajikan da Pen Amil Zakat untuk tindakan pembahagian sekiranya diterima bantauan daripada JAIS. Seramai 13 penama telah disenarai pendek dan dimajukan ke urusetia Fidyah MAIS pada 16 Jun dan 21 Jun pihak Urusetia telah menerima dan dalam proses kelulusan. 

KEMASUKAN MAEPS SERDANG. Permohonan juga dimasukan untuk saudaa Zaki yang dimasukan ke MAEPS Klang kerana Positif Covid..Alhamdullilah telah kembali sihat dan discaj drp MAEPS pada 26 Jun 2021.

KEMATIAN: Berita juga diterima mengenai kematian Kakak kepada Puan Halimah isteri Mantan Imam Hj Mohd Sood bin Eksan iaitu arwa Siti Radiah bt Othman meninggal dunia jam 0330 pagi 25 Jun 2021. Jenazah telah dibawa ke Pusat NGO Kpg Delik dan seterusnya ke Jeram untuk disemadikan, Alhamdulllilah semuanya dipermudahkan dalam masa yang singkat. Jam 0815 dibawa ke Pusat NGO, dimandi.kafan dan solat jenazah dan seterusnya siap dibawa ke Jeram jam 0930 pagi. Surau telah mengadakan tahlil arwah 3 malam dan seterusnya terakhir pada 10 Jul bacaan Yaasin. Pihak Surau telah menyerahkan RM 700.00 melalui Tabung Khairat Kematian oleh ketua Bro Khairat Kematian Tuan Hj Abdul Razak dan turut dihadiri pengerusi (Hj Tayazi) kepada Tuan Hj Sood.

MASUK HOSPITAL. Pada pagi kematian arwah Siti Radiah, dimaklumkan juga Cik Gu Esah isteri Sdra Ramli bin Abdul Aziz (Teksi) dimasukan ke Hospl HUKM Cheras disebabkan sesak nafas dan juga masalah kesihatan yang dihadapi beliau. Pada malam 28 Jun 21 pihak surau telah mengadakan online fb live streaming (hanya 6 jemaah disurau) bagi bacaan Yaasin untuk disertai ahli khariah dan kepada sahabat yang mengenali beliau secara live streaming. Sesi solat hajat telah diadakan paada 29 dan 30 Jun 2021. Turut dibacakan Yassin kepada arwah adir Ipar Hj Radhi/Puah Habsah iatu arwah Hj Ramli Ampang Selangor yang kembali kerahmatullah pada petang 30 Jun 2021.

Di dalam masa PKP ini diharapkan apa2 yang diusahakan secara jauh dan tanpa kehadiran ramai disurau diterima Allah hendaknya. 

Penerimaan diterima pada 15/7...oleh Biro Kebajikan dan Pen Amil Zakat.  Seramai 16 penerima diluluskan. Pengerusi masih Kurantin covid di Rumah kerana anak positif