Wednesday, May 26, 2021

PENGUATKUASAAN ARAHAN JAIS SEMASA PKP-3.0 MULAI 21 MEI 2021 & DISAMBUNG DENGAN LOCKDOWN 1 JUN







      Sedih dan hiba juga untuk membuat keputusan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Pihak JAIS semasa bertegsa dengan polisi hanya 16 Pentadbir sahaja yang dibenarkan solat dan TIADA jemaah lain dibenarkan solat disurau kecuali Musafir dibenarkan diruang berasingan/ruang musafir dengan SOP yang ketat. Sebelum ini Pentadbir membenarkan 8 ahli jemaah yang tegar hadir dan 8 lagi diberikan kepada AJK setelah meneliti kehadiran AJK yang tidak dapat hadir disebabkan tugas dan terdedah dengan orang ramai. Keputusan ini dibuat di atas sikap untuk memenuhi kuota 16 orang yang dibenarkan. Pihak berwajib masih menekankan hanya pihak pentabir surau dibenarkan dan beberapa mesej dengan Pengerusi2 Surau Klang dimana PAID Klang menginggatkan tugas dan Tanggungjawab Pengerusi untuk memastikan peraturan yang dikeluarkan dipatuhi dan sekiranya ada jemaah atau ahli jawatankuasa dijangkiti ianya hendaklah mebuat lapuran ke PAID Klang. Ditambah pula pada 24 dan 25 Mei, semua Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha dikehendaki menjawab AUDITAN Pengurusan Masjid dan Surau di bawah JAIS. Di dalam pengauditan ini banyak menyentuh polis dan dasar yang perlu dipatuhi oleh Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha.

    Sebagai Pengerusi, selepas balik daripada Temujanji di HAT Mizan, aku terpaksa mengurung diri dan tidak hadir kesurau dikuatiri membawa virus tambahan badan juga tidak selesa dan lemah. Sebelummasuk waktu Zohor..wassup drrp PAID Klang memaklumkan sejak 2 hari lepas 5 surau telah ditutup sementara kerana ada Pengerusi dan AJK dijangkiti wabak dan Pihak PAID meletak tanggungjawab kepada AJK Pentadbir untuk melapor dan hanya Ahli Pentadbir dibenarkan hadir solat di surau. Sebelum waktu Zohor denganberat hati aku terpaksa mengeluarkan arahan kepada AJK Pentadbir surau untuk membatalkan kuota kepada ahli Jemaah/Bukan Ahli untuk tidak hadir kesurau mulai solat Asar. Selepas solat Zohor hebahan umum dibuat dimana ada 3 jemaah bukan AJK Hadir . Waktu Asar, Maghrib dan Isyak masih ada 2 jemaah AJK yang hadir. Sekali lagi secara peribadi memaklumkan mengenai polisi terbaru dan baki 2 ahli yang biasanya hadir turut dimaklumkan melalui wassup. Pagi subuh hanya 6 AJK hadir dan kemungkinan jumlah ii akan berkurangan...Demi arahan dan tanggungajawab  diwaktu genting ini.....ARAHAN TERPAKSA di patuhi walaupun dihati kecil berkata kenapa tidak dibenarkan...walhal Virus makhluk Allah dan kematian pasti datang tanpa memilih waktunya. Dalam Grup Rakan Sentosa juga ada yang mengepos Vedio mengenai....isyarat2 jelas kemerosotan ummata di akhir zaman yang secara halus mulai hilang keyakinan, rendah imamnya disebabkan takut virus...ayat sedangkan peniaga Cina tidak takut buka kedai... sebab anak untung...tapi orang Islam Takut nak buka surau pada jemaah.....Sewajarnya agawan dalam klip vedio berkumpul, bermusyawarah bertemu dengan JAIS/MAIS/DYMM bagi mensepakati bahaya disebalik virus ini secara bersurat atau tersirat. Kami AJK terperangkap di antara Yea or No .....Kiat semua tidak bergaji....dan dilantik oleh ahli kariah dan diluluskan oleh JAIS..JAIS lebih bertanggungjawab dan di atas semua ini berdasarkan fatwa MUFTI dan DYMM Al Sultan yang bertanggungjawab dalam hal-hal Agama Islam.Wallahhuaklam.

Pagi sebelum Subuh 28 Mei, wassup diterima mengenai jumlah bilangan jemaah jika tidak dipenuhi kuota 16 orang adakah, dibenarkan jemaah tegar hadir? Maklumbalas sebelum ini daripada Nazir amat tegas dgn ayat yang menegah berdasarkan arahan JAIS dan akan melanggar Arahan DYMM Al-Sultan. Manakala PAID pula menyatakan waktu sebeginilah AJK perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dan akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti....Isu yang bermain di kalangan Pengerusi2 Surau ianya kekosongan yang tidak dapat diisi oleh AJK disebabkan tugasan yang berhubung rapat dengan orang awam dan mudah dijangkiti wabak. Isu ke 2 pula AJK yang hadir puratanya 8 orang. Ini menyebabkan Pihak Pengurusan lebih bersetuju agar baki 8 orang lagi dibuka secara walk in siapa cepat dia dapat dan ianya termasuk AJK-AJK yang ingin hadir bila ada kelapangan masa dan rasa kesihatanya ditahap terbaik ke surau. Maklumbalas PAID memyiakan usul kekosongan boleh diisi oleh jemaah lain. Berdasarkan maklumbalas tersebut ramai yangbersetuju dan secara peribadinya, selaku Pengerusi memaklumkan kepada Peg Peyelaras Masjid/Surau Klang di atas penerimaan wasup drp Nazir dan mengimbas kembali Arahan PAID Klang yang pada hakikatnya berkehendakan hanya 16 x Pentadbir Masjid/Surau sahaja. Di atas maklumat tersebut Pegawai Penyelaras Masjid/Surau ...memberi maklumbalsa yang terbaiknya hanya Pentadbir kerana dikhuatiri ada jemaah Tegar menyembunyikan faktor kesihatan mereka (tidak jujur). 

Selang beberapa minggu bila GRAF Meningkat keangka 9 ribu kes dan 70 kematian.....TETIBANYA PM yang mula kata tiada LOCKDOWN...membuat pengumuman LOCK DOWN dan diperketatkan pergerakan sosial tetapi masih membenarkan sektor ekonomi dan perkhidmatan diteruskan secara bersyarat. Bila situasi ini berlaku...akan turut berlakunya down effect kepada Pengurusan Masjid dan Surau. Malangnya Pihak Berwajib perlu membuat kajian lapangan, analisis dan keyakinan untuk membuka seluas-luasnya Masjid dan Surau dengan kawalan SOP yang lebih kemas dan tersusun. Pihak berwajib Pentadbir DASAR/POLISI mengerakan pasukan pemantauan dan juga mengajikan secara tetap/kontrak Pekerja Sanitasi/Pekerja Pengukuran suhu/kehadiran. Yang lebih pentingnya memberikan vaksinisasi kepada Pentadbir surau dan jemaah yang istiqamah. Begitu juga kepada yang telah mengambil Vaksin dibenarkan ke surau/masjid atau memberi peluang kepada yang ingin meneruskan ibadah disurau/masjid mendapatkan suntikan Vaksin disurau/Masjid bagi yang beragama Islam. Surau dan masjid mempunyai kemudahan bagi pelaksanaan vaksinisasi...disamping mengadakan kelas-kelas agama berkaitan dengan fatwa vaksinisasi dan tanggungjawab rakyat kepada pemerintah.

No comments:

Post a Comment