Friday, May 21, 2021

KERJA-KERJA YANG AKAN DILAKSANAKAN UNTUK KECERIAAN SURAU

 Beberapa projek yang kecil dan memerlukan sokongan beberapa jemaah yang mempunyai hobi dan minat terhadap bunga, tumbuhan, memelihara ikan dan juga hasil kraftangan akan dilaksanakan. Sekarang pokok belimbing buluh yang dipangkas terus berbuah. Manakala pokok durian Mahtong masih belum mengeluarkan hasil...sedang diusahakan oleh En Din yang membelai, membaja dan memerunkan pokok dgn membuang ranting yang rosak dan memastikan dahan 90 darjah paras bumi.  Bigitu juga buah nona dan mangga bulum berbuah. Pokok pisang dan betik sudah berkali2 berbuah.

    Projek air pancut dengan ikan telah mula menghiasi sudut laluan ke tempat wuduk. Manakala tanaman dalam pasu di pusat salur gutters berlantaikan rumput tiruan dan pokok gantung di pagar diruang makan muslimat. Pokok buga jepun disemai dan dijaga oleh Puan Nurhuda Kak Nyam. 

    Projek yang terbengkalai ialah mebela ikan dalam tangki fiber dan ianya akan ditukar kepada kolam ikan fiber dan dikelilingi pokok herba dan pokok kampung seperti pokok cermai, pokok asam keping dan pokok ulman renek disekeliling kolam fiber nanti. Kolam ini akan dipagar dan diletakan wakaf sebagai tempat santai. Manakala sudut parkir kereta di sebelah kanan pintu utama akan dijadikan Ruang untuk SANTAI bagi potong rambut dan juga BMF (Buy Muslim First) dalam Kontena. 

    Pokok rendang buah-buahan dan ubatan akan ditanam ditempat-tempat yang sesuai sebagai pelindung cahaya, angin dan yang pentingnya melestarikan alam. Pokok - pokok ini boleh ditanam di tanah, di pasu-pasu yang bersesuaian. mankala pokok bunga dalam pasu juga akan diletakan di sudut yang sesuai dan semestinya ada yang dapat mengurus, membaja dan memangkas bahagian yang rosak.

Sasaran ini akan disiapkan sebelum bulan Okt 2021. Dijangkakan setelah diturap laman dan laluan jalan baru ianya akan dilaksanakan Program Tahun 2022 iaitu mengadakan mini karnival BMF, Ceramah berkonsepkan jualan meja dengan penceramah yang tersohor serta mengadakan program pengajian melibatkan muslimat dan juga Muslimin dikawasan Sentosa.  Program anak muda lelaki dan anak muda wanita akan diadakan bagi mengadakan projek masakan/perniagaan dan juga jualan amal/bundle/kitar semula/baju bundle terpakai. Program kanak-kanak seperti telematch, smart quran, smart solat manakala program remaja lelaki dan wanita seperti sukan, e-sukan, kraftangan dan juga kelas motivasi/kerjaya/rogram rakan surau. Semua ini memerlukan perancangan, sokongan dan dana kewangan serta kerjasama dengan agensi kerajaan/NGO dan swasta. Semoga ianya dapat direalisasikan sebelum Okt 2022. Semoga Allah memudahkan urusan dengan menghantar lebih ramai anak-anak muda yang mencintai rumah Allah dan berilmu. Wslm

    Kaedah-keadah mendapat benih daripada ahli kariah

No comments:

Post a Comment