Wednesday, May 26, 2021

PENGUATKUASAAN ARAHAN JAIS SEMASA PKP-3.0 MULAI 21 MEI 2021 & DISAMBUNG DENGAN LOCKDOWN 1 JUN







      Sedih dan hiba juga untuk membuat keputusan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Pihak JAIS semasa bertegsa dengan polisi hanya 16 Pentadbir sahaja yang dibenarkan solat dan TIADA jemaah lain dibenarkan solat disurau kecuali Musafir dibenarkan diruang berasingan/ruang musafir dengan SOP yang ketat. Sebelum ini Pentadbir membenarkan 8 ahli jemaah yang tegar hadir dan 8 lagi diberikan kepada AJK setelah meneliti kehadiran AJK yang tidak dapat hadir disebabkan tugas dan terdedah dengan orang ramai. Keputusan ini dibuat di atas sikap untuk memenuhi kuota 16 orang yang dibenarkan. Pihak berwajib masih menekankan hanya pihak pentabir surau dibenarkan dan beberapa mesej dengan Pengerusi2 Surau Klang dimana PAID Klang menginggatkan tugas dan Tanggungjawab Pengerusi untuk memastikan peraturan yang dikeluarkan dipatuhi dan sekiranya ada jemaah atau ahli jawatankuasa dijangkiti ianya hendaklah mebuat lapuran ke PAID Klang. Ditambah pula pada 24 dan 25 Mei, semua Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha dikehendaki menjawab AUDITAN Pengurusan Masjid dan Surau di bawah JAIS. Di dalam pengauditan ini banyak menyentuh polis dan dasar yang perlu dipatuhi oleh Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha.

    Sebagai Pengerusi, selepas balik daripada Temujanji di HAT Mizan, aku terpaksa mengurung diri dan tidak hadir kesurau dikuatiri membawa virus tambahan badan juga tidak selesa dan lemah. Sebelummasuk waktu Zohor..wassup drrp PAID Klang memaklumkan sejak 2 hari lepas 5 surau telah ditutup sementara kerana ada Pengerusi dan AJK dijangkiti wabak dan Pihak PAID meletak tanggungjawab kepada AJK Pentadbir untuk melapor dan hanya Ahli Pentadbir dibenarkan hadir solat di surau. Sebelum waktu Zohor denganberat hati aku terpaksa mengeluarkan arahan kepada AJK Pentadbir surau untuk membatalkan kuota kepada ahli Jemaah/Bukan Ahli untuk tidak hadir kesurau mulai solat Asar. Selepas solat Zohor hebahan umum dibuat dimana ada 3 jemaah bukan AJK Hadir . Waktu Asar, Maghrib dan Isyak masih ada 2 jemaah AJK yang hadir. Sekali lagi secara peribadi memaklumkan mengenai polisi terbaru dan baki 2 ahli yang biasanya hadir turut dimaklumkan melalui wassup. Pagi subuh hanya 6 AJK hadir dan kemungkinan jumlah ii akan berkurangan...Demi arahan dan tanggungajawab  diwaktu genting ini.....ARAHAN TERPAKSA di patuhi walaupun dihati kecil berkata kenapa tidak dibenarkan...walhal Virus makhluk Allah dan kematian pasti datang tanpa memilih waktunya. Dalam Grup Rakan Sentosa juga ada yang mengepos Vedio mengenai....isyarat2 jelas kemerosotan ummata di akhir zaman yang secara halus mulai hilang keyakinan, rendah imamnya disebabkan takut virus...ayat sedangkan peniaga Cina tidak takut buka kedai... sebab anak untung...tapi orang Islam Takut nak buka surau pada jemaah.....Sewajarnya agawan dalam klip vedio berkumpul, bermusyawarah bertemu dengan JAIS/MAIS/DYMM bagi mensepakati bahaya disebalik virus ini secara bersurat atau tersirat. Kami AJK terperangkap di antara Yea or No .....Kiat semua tidak bergaji....dan dilantik oleh ahli kariah dan diluluskan oleh JAIS..JAIS lebih bertanggungjawab dan di atas semua ini berdasarkan fatwa MUFTI dan DYMM Al Sultan yang bertanggungjawab dalam hal-hal Agama Islam.Wallahhuaklam.

Pagi sebelum Subuh 28 Mei, wassup diterima mengenai jumlah bilangan jemaah jika tidak dipenuhi kuota 16 orang adakah, dibenarkan jemaah tegar hadir? Maklumbalas sebelum ini daripada Nazir amat tegas dgn ayat yang menegah berdasarkan arahan JAIS dan akan melanggar Arahan DYMM Al-Sultan. Manakala PAID pula menyatakan waktu sebeginilah AJK perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dan akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti....Isu yang bermain di kalangan Pengerusi2 Surau ianya kekosongan yang tidak dapat diisi oleh AJK disebabkan tugasan yang berhubung rapat dengan orang awam dan mudah dijangkiti wabak. Isu ke 2 pula AJK yang hadir puratanya 8 orang. Ini menyebabkan Pihak Pengurusan lebih bersetuju agar baki 8 orang lagi dibuka secara walk in siapa cepat dia dapat dan ianya termasuk AJK-AJK yang ingin hadir bila ada kelapangan masa dan rasa kesihatanya ditahap terbaik ke surau. Maklumbalas PAID memyiakan usul kekosongan boleh diisi oleh jemaah lain. Berdasarkan maklumbalas tersebut ramai yangbersetuju dan secara peribadinya, selaku Pengerusi memaklumkan kepada Peg Peyelaras Masjid/Surau Klang di atas penerimaan wasup drp Nazir dan mengimbas kembali Arahan PAID Klang yang pada hakikatnya berkehendakan hanya 16 x Pentadbir Masjid/Surau sahaja. Di atas maklumat tersebut Pegawai Penyelaras Masjid/Surau ...memberi maklumbalsa yang terbaiknya hanya Pentadbir kerana dikhuatiri ada jemaah Tegar menyembunyikan faktor kesihatan mereka (tidak jujur). 

Selang beberapa minggu bila GRAF Meningkat keangka 9 ribu kes dan 70 kematian.....TETIBANYA PM yang mula kata tiada LOCKDOWN...membuat pengumuman LOCK DOWN dan diperketatkan pergerakan sosial tetapi masih membenarkan sektor ekonomi dan perkhidmatan diteruskan secara bersyarat. Bila situasi ini berlaku...akan turut berlakunya down effect kepada Pengurusan Masjid dan Surau. Malangnya Pihak Berwajib perlu membuat kajian lapangan, analisis dan keyakinan untuk membuka seluas-luasnya Masjid dan Surau dengan kawalan SOP yang lebih kemas dan tersusun. Pihak berwajib Pentadbir DASAR/POLISI mengerakan pasukan pemantauan dan juga mengajikan secara tetap/kontrak Pekerja Sanitasi/Pekerja Pengukuran suhu/kehadiran. Yang lebih pentingnya memberikan vaksinisasi kepada Pentadbir surau dan jemaah yang istiqamah. Begitu juga kepada yang telah mengambil Vaksin dibenarkan ke surau/masjid atau memberi peluang kepada yang ingin meneruskan ibadah disurau/masjid mendapatkan suntikan Vaksin disurau/Masjid bagi yang beragama Islam. Surau dan masjid mempunyai kemudahan bagi pelaksanaan vaksinisasi...disamping mengadakan kelas-kelas agama berkaitan dengan fatwa vaksinisasi dan tanggungjawab rakyat kepada pemerintah.

Tuesday, May 25, 2021

PROSES SANITASI VIRUS DI SURAU AL-HAQQ

 Semalam 25 Mei 21...kerja2 sanitasi secara percum dilaksanakna selepas solat Zohor. Ianya dibuat oleg Sykt HKjempire.com. Kerja2 dipantau oleh Bendahari dan Pemeriksa Kira2 2 sehingga kerja2 diselesaikan.






















SEWAAN MENARA TELEKOMUNIKASI



 Sejak tahun 2019... Sewaam dibayar oleh Stealth solutions Sdn Bhd (SSBD) berdaftar di Sunway Pyramaid. Surau menerima RM 1.925.00 dan baki sewaan diserah kepada JAIS. Pada awal Mei...SSSB telah menghantar surat pilihan samada surau ingin menerima sekaligus bayaran bagi 6 bulan dgn potongan 5 peratus. AjK bersidang  pada 01 Mei 21 dan membuat keputusan tdak bersetuju dgn twaran tersebut kerana surau mampu berperasi selama 3 bulan. Pada bulan 5 kesemua tunggakn telh dijelaskan oleh SS_RM 6. 800.00. ALHAMDULLILLAH.

Saturday, May 22, 2021

TADARUS MUSLIMAT & TADARUS MUSLIMIN



 


 Mengikut perancangan asal Majlis Tadarus akan dilaksanakan pada 6 Mei 21. Disebabkan pengistiharan penguranganPada tahun 2021 seramai jemaah dan Jemaah Muslimat tidak boleh hadir solat disurau Mulai 06 Mei 21, Majlis Tadarus terpaksa diprercepatkan sehari awal. Muslimat memohon agar mereka diberikan kebenaran bagi Majlis Khatam Quran pada 5 Mei jam 0900 pagi. Manakala Khatam Quran lelaki akan mengadakan majlis yang sama pada 6 Mei 21 selepas solat Witir. Walaupun dalam masa PKPB seramai 11 Peserta Muslimin dan 18 peserta muslimin mengambil bahagian. Pada tahun ini juga semua peserta diberikan wang tunai RM 70.00  melibatkan sebanyak RM 2,030 yang diperolehi daripada sumbangan Ihya Ramadhan.

Friday, May 21, 2021

KERJA-KERJA YANG AKAN DILAKSANAKAN UNTUK KECERIAAN SURAU

 Beberapa projek yang kecil dan memerlukan sokongan beberapa jemaah yang mempunyai hobi dan minat terhadap bunga, tumbuhan, memelihara ikan dan juga hasil kraftangan akan dilaksanakan. Sekarang pokok belimbing buluh yang dipangkas terus berbuah. Manakala pokok durian Mahtong masih belum mengeluarkan hasil...sedang diusahakan oleh En Din yang membelai, membaja dan memerunkan pokok dgn membuang ranting yang rosak dan memastikan dahan 90 darjah paras bumi.  Bigitu juga buah nona dan mangga bulum berbuah. Pokok pisang dan betik sudah berkali2 berbuah.

    Projek air pancut dengan ikan telah mula menghiasi sudut laluan ke tempat wuduk. Manakala tanaman dalam pasu di pusat salur gutters berlantaikan rumput tiruan dan pokok gantung di pagar diruang makan muslimat. Pokok buga jepun disemai dan dijaga oleh Puan Nurhuda Kak Nyam. 

    Projek yang terbengkalai ialah mebela ikan dalam tangki fiber dan ianya akan ditukar kepada kolam ikan fiber dan dikelilingi pokok herba dan pokok kampung seperti pokok cermai, pokok asam keping dan pokok ulman renek disekeliling kolam fiber nanti. Kolam ini akan dipagar dan diletakan wakaf sebagai tempat santai. Manakala sudut parkir kereta di sebelah kanan pintu utama akan dijadikan Ruang untuk SANTAI bagi potong rambut dan juga BMF (Buy Muslim First) dalam Kontena. 

    Pokok rendang buah-buahan dan ubatan akan ditanam ditempat-tempat yang sesuai sebagai pelindung cahaya, angin dan yang pentingnya melestarikan alam. Pokok - pokok ini boleh ditanam di tanah, di pasu-pasu yang bersesuaian. mankala pokok bunga dalam pasu juga akan diletakan di sudut yang sesuai dan semestinya ada yang dapat mengurus, membaja dan memangkas bahagian yang rosak.

Sasaran ini akan disiapkan sebelum bulan Okt 2021. Dijangkakan setelah diturap laman dan laluan jalan baru ianya akan dilaksanakan Program Tahun 2022 iaitu mengadakan mini karnival BMF, Ceramah berkonsepkan jualan meja dengan penceramah yang tersohor serta mengadakan program pengajian melibatkan muslimat dan juga Muslimin dikawasan Sentosa.  Program anak muda lelaki dan anak muda wanita akan diadakan bagi mengadakan projek masakan/perniagaan dan juga jualan amal/bundle/kitar semula/baju bundle terpakai. Program kanak-kanak seperti telematch, smart quran, smart solat manakala program remaja lelaki dan wanita seperti sukan, e-sukan, kraftangan dan juga kelas motivasi/kerjaya/rogram rakan surau. Semua ini memerlukan perancangan, sokongan dan dana kewangan serta kerjasama dengan agensi kerajaan/NGO dan swasta. Semoga ianya dapat direalisasikan sebelum Okt 2022. Semoga Allah memudahkan urusan dengan menghantar lebih ramai anak-anak muda yang mencintai rumah Allah dan berilmu. Wslm

    Kaedah-keadah mendapat benih daripada ahli kariah

MENERUSKAN KECERIAAN DAN KECANTIKAN SURAU

 Alhamdullillh, syukor Kak Yam selepas Hari Raya menyemai benih bunga jepun. Bunga di dalam pasu disusun dibhg salur air dan digantung dipagat Ruang Makan Muslimat. Beberapa projek keceriaan dirancang selain..air pancut ikan kecil..inaya kanq melibatkna projek Taman herba, pokok berpasu dan juga pokok buah-buahan serta kolam ikan dan ternak ikan untuk jualan.

  Bagi mempercepatkan pomok dan projek ternakan ikan....konsep asumbangan benih, pasu bunga dan juga bhaan2 mentah untuk projek akan diwar2kan dln wassupk grup Taman. InshaAllah. Kawsan yg akan ditanam di bina akan dilakar dan dijadikan satu GREENLUNGS & AWESOME......





















Thursday, May 20, 2021

21 MEI 21 - GUSAR PKP LOCKDOWN (6,493 KES BARU & 59 KEMATIAN)

 Sedih kes Covid semalam mencatatkan sebanyak 5 ribu PLUS dan hari ini ke agak 6 PLUS hampir 7 ribu kes. Dalam ICU 300 lebih da kematian jug terus meningkat ke angka 50 org. Penguatkuasaan di Masjid dan Surau paling awal drp 20 jemaah ke 16 jemaah yg terdiri drp Pentadbir surau shj. Sedihnya, JAIS masih risau kesan Covid drp mengatur pelan tindakan mencari jawapan mengurangkan jangkitan di rumah Allah. Usaha perlu digembeling untuk membantu rumah ibadat dgn menyegerakan suntikan vaksin kpd pentadbir surau, menambah bilangan jemaah dgn melipatgandakan usaha menggunakan senjata mukmin iaitu BERDOA; BERZIKIR berterusan membaca Ayat suci Al-Quran setiap masa.Mengadakan program  swabtest di masjid/surau, vaksinasi kpd yg bertugas dan warga emas. Membenarkan yg telah divaksin bebas ke mana tempat. Skrg diperketat dgn jarak yg makin melebar, mengeluarkan hukum dan arahan yg menyukarkan pentadbir menggunakan budibicara dan kebijaksanaan masing2. Tindakan bagi menutup surau bila ada yg positif. Memberi bantuan sanitasi berkala dirumah Allah dan Staf JAIS turun buat tinjauan rapat bertemu pentadbir.

Wednesday, May 12, 2021

PKP -3 12 MEI HINGGA 6 JUN 21J

 Jatuh Hari Raya pada 13 Mei 21. Sedihnya JAIS dah benarkan 50 jemaah.. Disaat akhir kena akur kpd 20 Org. Amat sukar nak pilih 20 orang. Mesy AJK pada 11 Mei jam 1015 mlm membuat keputusan dgn akur 20 orang tapi ditambah 10 orang kerana ruangdgn jarak selang satu saf masih ada ruang penjarak sosial. Hanya AJK Pentadbir shj dibenarkan. Majlis dipimpin oleh Ustaz Abd Rahim sebagai Imam, cikgu Zul sebai Khatib dan Nizam senai Bilal.




















ifli sebagai Khatib dan Bilal Nizam. Dua isu mengenai kehADiran ...otai dan ajk. Manakala isu...komnukasi....juga menyerikan suasana Solat di masa PKP Ke 3.  Disebalik yg sedikit ianya membuka ruang bermanfaat untuk memohon kemaafanh+%%.