Tuesday, May 26, 2020

PENGURUSAN JENAZAH - PKPB

Tahun 2020, surau telah menguruskan ahli kariah yang kembali keRahmatullah pada hari Raya ke 3 pada 26 Mei 2020. Arwah merupakan bekas tentera yg berkhidmat mulai tahun 1964 hingga 1976 didalam Kor Semboyan Diraja sebagai Juru Radio. Selepas tamat arwah membuat kerja kimpalan dan bertukang digelar sebagai Yusof Mygyver kerana kepandaian mengubah suai masalah yg dihadapi pelanggan. Arwah terakhir dimaklumkan sakit serangan angin akhbar dan baru keluar hospl HTAR dan pada 21 Mei 2020, Surau memasukan nama arwah sebagai penerima sumbangan surau OKU. Selaku pengerusi aku pergi membuat serahan sumbangan. Memandangkan beliau seorang bekas tentera dan masalah bantuan sara diri ianya dirujuk kpd Pesatuan Veteran Semboyan PW 1 Azman (B). Arwah dilawati oleh SU PVRSD pada 22 Mei 2020. Di dalam proses dibuat 205012 Kpl  Mohd Yusof bin Abu, Kpl Abu meninggal dunia diawal pagi pada Selasa 26 Mei Hari Raya ke 3. Urusan diuruskan di Surau dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg jati bersebelahan Masjid Kota Raja. Arwah layak mendapat wang pengkebumian daripada JHEV sebanyak RM 3,000.00, keluarga perlu membuat permohonan kepada pejabat JHEV dlm masa 1 tahun. Al-Fatihah buat arwah. PANTAS &PASTI cogan kata RSD.




















No comments:

Post a Comment