Sunday, May 24, 2020

KITAR SEMULA & KESEDARAN #PKPB#17052020AHAD

Alhamdulillah. Bermula 2010 dan sekarang telah masuk tahun ke 11. kelangsungan adalah diatas sokongan dari ahli kariah. Penghargaan khas buat individu yang memastikan kitar semula terus dilaksanakan dari yg mengumpul,  mengasing,  menyisih /pilih, membantu dalam gotong royong, memantau dan merekodkan jumlah diterima hasil jualan.  Alhamdulillah sebanyak RM 550.00 hasil jualan pada 17 Mei 2020. Walaupun dalam masa PKPB, bulan Ramadhan ramai juga ahli kariah menghulur tangan membantu. Kebiasaannya dilaksankan dlm konsep gotong royong tetapi akibat PKPB hanya beberapa individu. Tuan Hj Hamid,  Zamri dll hadir.  Namun didalam kebaikan jualan kitar semula didapati ramai ahli kariah kurang maklumat di dalam kaedah pengumpulan,  pengasingan bahan terbuang seperti memasukan bahan ikut jenis bersama




















sampah /sisa dlm bungkusan kitar semula, menghantar botol kaca yg tidak diperlukan. Masalah selepas jualan... byk bahan yg yidak diambil perlu dikemaskini dan bahan terbuang dibakar atau dipilih semula dan diasingkan mengikut bahan masing2.  Kesimpulanya kesedaran perlu dipertingkatkan, informasi dan sesi penyampaian maklumat dilipatganda dgn sesi taklimat,  bengkel, Insentif serta kempen intensif baru menarik lebih ramai turut dalam program ini.

No comments:

Post a Comment