Wednesday, May 27, 2020

SUMBANGAN HARI RAYA- SUMBANGAN DERMAWAN AHLI KARIAH

Alhamdullillah, sebayak RM 2,630.00 di infak untuk Tabung Warga emas, ibu tunggal,ibu tinggal, Asnaf, anak yatim dan OKU. Manakal Tabung bil air dan eletrik berjaya dikumpul RM 2600.00. Terima kasih kepada penyumbang. Memandangkan jumlah kutipan adalah berkurangan berbanding tahun lepas, sumbangan tunai dikurangkan dan beberapa sumbangan tidak dibuat di atas faktor tiada penglibatan tugas dibulan Ramadhan dan juga PKP. Senarai penerima telah di.uluskan dalam mesyuarat khas AJK pada 18 Mei 2020 jam 1000 pagi. AJK yg dipilih untuk mesy ialah Pengerusi, SU, Bendahari, Wakil Bro Dakwah, Wakil Kebajikan, Wakil Muslimah, Biro Sajian dan Pen Amil Zakat. Sumbangan diserah pada 22 Mei 2020 oleh Pengerusi, SU, Bendahari, Ketua Biro Kebajikan dan Biro Muslimah. Alhamdullilah semua penerima telah diserahkan oleh wakil yg terlibat. 

Tuesday, May 26, 2020

PENGURUSAN JENAZAH - PKPB

Tahun 2020, surau telah menguruskan ahli kariah yang kembali keRahmatullah pada hari Raya ke 3 pada 26 Mei 2020. Arwah merupakan bekas tentera yg berkhidmat mulai tahun 1964 hingga 1976 didalam Kor Semboyan Diraja sebagai Juru Radio. Selepas tamat arwah membuat kerja kimpalan dan bertukang digelar sebagai Yusof Mygyver kerana kepandaian mengubah suai masalah yg dihadapi pelanggan. Arwah terakhir dimaklumkan sakit serangan angin akhbar dan baru keluar hospl HTAR dan pada 21 Mei 2020, Surau memasukan nama arwah sebagai penerima sumbangan surau OKU. Selaku pengerusi aku pergi membuat serahan sumbangan. Memandangkan beliau seorang bekas tentera dan masalah bantuan sara diri ianya dirujuk kpd Pesatuan Veteran Semboyan PW 1 Azman (B). Arwah dilawati oleh SU PVRSD pada 22 Mei 2020. Di dalam proses dibuat 205012 Kpl  Mohd Yusof bin Abu, Kpl Abu meninggal dunia diawal pagi pada Selasa 26 Mei Hari Raya ke 3. Urusan diuruskan di Surau dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg jati bersebelahan Masjid Kota Raja. Arwah layak mendapat wang pengkebumian daripada JHEV sebanyak RM 3,000.00, keluarga perlu membuat permohonan kepada pejabat JHEV dlm masa 1 tahun. Al-Fatihah buat arwah. PANTAS &PASTI cogan kata RSD.




















Sunday, May 24, 2020

SUMBANGAN BUBUR LAMBUK, NASI TOMATO & DUIT MOREH

Syukur program infak serta tradisi Ramadan diteruskan oleh Masjid Barakh dan ADN Sentosa N48 kepada surau2 dibawah kariah Masjid Barakah. Sumbangan bubur lambuk dibuat pada hari Rabu dan Sabtu serta penyerahan terakhir oleh ADN. Edaran nasi tomato masak merah,  wang tunai RM300. 00 bagi moreh dan juga buku nota,  kurma dan 5 kepinh topeng muka.Manakala kerajaan negeri Selangor turut memberi insentif kepada Pengerusi,   2 x Imam,  Bilal dan Siak. Bayaran akan dibuat selepas Raya. Senaskah Al Quran wakaf JAWI juga diberi oleh Nazir.











KITAR SEMULA & KESEDARAN #PKPB#17052020AHAD

Alhamdulillah. Bermula 2010 dan sekarang telah masuk tahun ke 11. kelangsungan adalah diatas sokongan dari ahli kariah. Penghargaan khas buat individu yang memastikan kitar semula terus dilaksanakan dari yg mengumpul,  mengasing,  menyisih /pilih, membantu dalam gotong royong, memantau dan merekodkan jumlah diterima hasil jualan.  Alhamdulillah sebanyak RM 550.00 hasil jualan pada 17 Mei 2020. Walaupun dalam masa PKPB, bulan Ramadhan ramai juga ahli kariah menghulur tangan membantu. Kebiasaannya dilaksankan dlm konsep gotong royong tetapi akibat PKPB hanya beberapa individu. Tuan Hj Hamid,  Zamri dll hadir.  Namun didalam kebaikan jualan kitar semula didapati ramai ahli kariah kurang maklumat di dalam kaedah pengumpulan,  pengasingan bahan terbuang seperti memasukan bahan ikut jenis bersama




















sampah /sisa dlm bungkusan kitar semula, menghantar botol kaca yg tidak diperlukan. Masalah selepas jualan... byk bahan yg yidak diambil perlu dikemaskini dan bahan terbuang dibakar atau dipilih semula dan diasingkan mengikut bahan masing2.  Kesimpulanya kesedaran perlu dipertingkatkan, informasi dan sesi penyampaian maklumat dilipatganda dgn sesi taklimat,  bengkel, Insentif serta kempen intensif baru menarik lebih ramai turut dalam program ini.