Thursday, September 29, 2022

MESYUARAT KHAIRAT KEMATIAN (KK) 28 SEP 22

Syukur, setelah hampir 2 tahun 9 bulan, Mesy KK telah dapat dilaksanakan. Ianya dihadiri seramai 35 ahli Jemaah. Mesyuarat bermula jam 0800 malam dan berakhir jam 0940 malam dan diakhir jamuan nasi lemak telor dadar. Pengerusi memula mesyuarat KK dan seteruskan membawa beberapa projek ekonomi untuk dipersetujui bagi pelaksanaan projek dan ianya akan diputuskan dalam Mesy AJK pada Okt nanti.

Diantara beberapa keputusan penting adalah seperti berikut:

MESYUARAT KK 2022

a.  Mengemaskini Penyata Keahlian,serta semakan semula Dasar dan polisi untuk dibincangkan dimesyaurat Tahun 2023.

b. Bersetuju kadar Tahun Yuran Tahunan  dinaikan ke RM 40.00 dan Faedah keatian diberikan RM 1,000.00. Ianya akan dilaksanakan pada tahun 2023. Masih diperlukan dibawa ke Mesyuarat KK 2023.

c. Melantik AJK Tanun 2022/2023.

d. Mempamir, memaklumkan penyata kewangan dan mempromosikan KK kepada Ahli Khariah.

MESYUARAT EKONOMI & KECERIAAN.  Pengerusi membentangkan kewangan berakhir Jun 22 dan juga perbelanjaan yang telah dilaksanakan sehingga akhir Sep 22. Ini disebabkan Penyata Kewangan drp Bank Islam bagi bulan Jul dan Ogos belum diterima. 

1. ANALISIS KEWANGAN JUL- SEP 22

a. Penyata Kewangan. Di bank pada 30/6/22 - RM 79,705.26 - RM 29,000.00 = RM 50,080.76 boleh guna.

b.  RM 50,080.76 campur pendapatan Jul-Sep RM 7,980.00 = RM 58,060.76.

c.  RM 58,060.76 ditolak belanja Jul-Sep 22 RM 35,520.00 =RM 22,540.76

d. Rumusan boleh guna RM Wakaf 21/22 RM 23,154.00 = RM 45,694.00

2.   PROJEK PAGAR FASA 1 & FASA 2. Pembinaan Fasa 1 Tembok di Pintu Utama A ke Pokok Belimbing dan Fasa 2 drp Stor Recycle ke sempadan Padang MPK /Lintang DYS 2 dengan kos RM 17,000. Bermula 24 Jul dan berakhir 10 Sep 22. Cadangan Pintu Pagar jenis Powder Coated saiz 13 x 5 kaki akan diputuskan pada Mesy AJK Okt 22.

3.  PROJEK PAGAR FASA 3 . Cadangan bermula Okt dengan melibatkan kwasan Pintu Utama A hingga sempadan padang permainan MPK Jln DYS 14 dan ke Lintang DYS 2. Jenis Tembok setinggi 2 kaki tembok dan pagar BRC GI dan Tembok 6 kaki berserta pintu pagar 16 kaki. Anggaran Kos RM 25,000.00


No comments:

Post a Comment