Thursday, September 29, 2022

MESYUARAT KHAIRAT KEMATIAN (KK) 28 SEP 22

Syukur, setelah hampir 2 tahun 9 bulan, Mesy KK telah dapat dilaksanakan. Ianya dihadiri seramai 35 ahli Jemaah. Mesyuarat bermula jam 0800 malam dan berakhir jam 0940 malam dan diakhir jamuan nasi lemak telor dadar. Pengerusi memula mesyuarat KK dan seteruskan membawa beberapa projek ekonomi untuk dipersetujui bagi pelaksanaan projek dan ianya akan diputuskan dalam Mesy AJK pada Okt nanti.

Diantara beberapa keputusan penting adalah seperti berikut:

MESYUARAT KK 2022

a.  Mengemaskini Penyata Keahlian,serta semakan semula Dasar dan polisi untuk dibincangkan dimesyaurat Tahun 2023.

b. Bersetuju kadar Tahun Yuran Tahunan  dinaikan ke RM 40.00 dan Faedah keatian diberikan RM 1,000.00. Ianya akan dilaksanakan pada tahun 2023. Masih diperlukan dibawa ke Mesyuarat KK 2023.

c. Melantik AJK Tanun 2022/2023.

d. Mempamir, memaklumkan penyata kewangan dan mempromosikan KK kepada Ahli Khariah.

MESYUARAT EKONOMI & KECERIAAN.  Pengerusi membentangkan kewangan berakhir Jun 22 dan juga perbelanjaan yang telah dilaksanakan sehingga akhir Sep 22. Ini disebabkan Penyata Kewangan drp Bank Islam bagi bulan Jul dan Ogos belum diterima. 

1. ANALISIS KEWANGAN JUL- SEP 22

a. Penyata Kewangan. Di bank pada 30/6/22 - RM 79,705.26 - RM 29,000.00 = RM 50,080.76 boleh guna.

b.  RM 50,080.76 campur pendapatan Jul-Sep RM 7,980.00 = RM 58,060.76.

c.  RM 58,060.76 ditolak belanja Jul-Sep 22 RM 35,520.00 =RM 22,540.76

d. Rumusan boleh guna RM Wakaf 21/22 RM 23,154.00 = RM 45,694.00

2.   PROJEK PAGAR FASA 1 & FASA 2. Pembinaan Fasa 1 Tembok di Pintu Utama A ke Pokok Belimbing dan Fasa 2 drp Stor Recycle ke sempadan Padang MPK /Lintang DYS 2 dengan kos RM 17,000. Bermula 24 Jul dan berakhir 10 Sep 22. Cadangan Pintu Pagar jenis Powder Coated saiz 13 x 5 kaki akan diputuskan pada Mesy AJK Okt 22.

3.  PROJEK PAGAR FASA 3 . Cadangan bermula Okt dengan melibatkan kwasan Pintu Utama A hingga sempadan padang permainan MPK Jln DYS 14 dan ke Lintang DYS 2. Jenis Tembok setinggi 2 kaki tembok dan pagar BRC GI dan Tembok 6 kaki berserta pintu pagar 16 kaki. Anggaran Kos RM 25,000.00


29 & 30 SEP 22 - KERJA2 TEMPAT PEMBAKARAN SAMPAH & CUCI LONGKANG

 30 Sep 22; Kerja pembinaan tembok selesai tetapi saki baki simen, pokok yg dicantas dan di tambah pula keadaan sebelumnya longkang penuh dengan tumbuhan dan sampah/lumpur. Kerja bermula 19 Sep membuang pokok heliconia sepit udang dan membersihkan tepi longkang. Hari ini 30 Sep kerja mengangkat sis batu, pokok, sampah di mulakan. Sebelum itu, megutip tanah2 dalam polystrin yang dibuang di Lintang DYS 1. 2 kereta sorong berjaya di kutip untuk dijadikan tanah tanaman. Sebelum itu tanah perlu dirawat dgn sulfur dan racun serangga bagi memastikan tiada serangga merosakan tanaman baru nanti. Kerja mengemas parkir ruang tetamu dan membuat lubang bagi pokok betik. Ini disebabkan 2 pokok betik yang ditanam dilaman Belimbing Buluh tidak menunjukan pembesaran. Ianya mungkin faktor kawasan terlindung dan juga dilapisan bawah mengadungi batu/pasir.  

29 Sep 22 - Membaiki penahan haba  bakaran sampah yang rosak. Menggunakan besi dan atap abestos bagi memastikan haba panas tidak merosakan pokok buah-buahan berhampiran. Dibantu oleh Hj Dass sehingga jam 1130 pagi. Hj begitu gigih membersihkan kawasn semak rumput dan juga menanam serai dan pokok kerdas. 

Sunday, September 25, 2022

PARKIR KERETA & GERAI

 Bermula tahun 2019, Beberapa bhg parkir dijadikan gerai bagi menyediakan jualan makanan kpd ahli khariah kerana tiada kedai makan berdekatan.  Pada mulanya agak memberangsangkan lama kelamaan ianya semakin malap kerana strategi perniagaan yg kurang berkesan dgn pelanggan yg kecil. Apabila berlkaunya Pendemik Covid 19..Mac 2020, gerai2 telah ditutup. Manakala parkir kereta diteruskan sewaan, dan ianya juga terhenti disebabkan pendemik. Gerai sewaan diteruskan. Isu parkir menjadi perhatian, kerana ruang2 parkir tidak boleh dimanfaatkan oleh jemaah yg datang solat. Ke2nya isu bayaran bulanan, pakir












sementara atau hal2 lain. Mesyuarat pada 28/9/22 bersetuju perkara ini akan dibincangkan dan diputuskan oleh AJK pada bulan Okt.

Sunday, September 18, 2022

LAMPU LIMPAH TELCO DITUKAR BIAS KE LED

 Alhamdullillah, usaha mendapatkan pertukaran lmapu telah bejaya dilaksanakan pada 16/9/22. Kawasan telah cerah pada waktu malam. Bermulanya permohonan pada Jul, Ogos dan Sep. Terima kasih kpd En Sufian PBSB yg membantu menyelesaikan masalah lampu TELCO yg berfingsi sejak Apr 22 setelah bertahun2 tidak disambung/tak berfungsi lampu.









Saturday, September 17, 2022

MERATAKAN DAN MEMBUAT LONGKANG AIR KELUAR

 Penutup kerja-kerja pagar tembok fasa 2 adalah merata dan meninggikan kawasan pintu pagar C yg baru bagi memastikan pintu gelungsur dapat diukur dengan sebaiknya. Dibahagian landas gelungsur dibina lonkang kecil bagi nengalir lebihan air dilaman hijau nanti. Ianya akan  diletakan batu-batuan bongkah kecil, sederhana dan /besar bagi penahan tembok. Alhamdulillah, kerja bermula jam 1000  dan dapat disiapkan jam 1300 tengahari. 













SUDUT LAMAN HIJAU MENARA KUBAH , PENAPAIAN TINJA AYAM DAN BAJA NPK

10/9 - 18/9 : MashaAllah, pokok belimbing buluh terus mengeluarkan buah. Besar dan banyak bergugusan 



dibtgnya. Pokok pisang renek juga berbuah berpanjangan dan disudut ditanam pokok daun karipole  dan daun limau perut. Pokok lidah jin ditanam bagi menghidar ular. Tetapi pokok durian belanda walaupun berbunga tetapi buah tidak menjadi. Usaha membersih kwsn laman hijau diteruskan oleh Hj Ishak dan turut dibantu. Tanah berbayi dibuang dan dilletakan baja compos serta dibuat stressing pada pokok durian belanda serta memangkas daun2 yg tidak diperlukan. 18/9/22 diletakan baja NPK 12.13.17. untuk daun, batang dan buah...InshaAllah hasil dalam sebulan pada  16 Okt InshaAllah pasti ada perubahanya. Manjadawajada....usaha pasti berjaya. Berdoa dan bertawakal.

Kerja penapaian baja kompos Tinja Najis ayam dimulakan dengan 1/2 kilo dibeli dari pasar pagi Andalas. Ianya diperam seminggu dan akan disiram dipokok sayuran, bumga dan buah-buahan. Dimasukan didalam bekas trolley sampah hijau. Semoga ianya memberi kebaikan dan menyuburkan pokok2 yang ditanam di laman hijau surau.











Sunday, September 11, 2022

LAWATAN AHLI MAJLIS DAN KETUA RUKUN TETANGGA ZON B SENTOSA KE KAWASAN SURAU

 Setelah hampir 2 bulan, temujanji Ahli Majlis MPK Zon 488 Mr Prabu telah berjaya dilaksanakan. Wakil surau En Samsudin Bahtan  hadir kerana Pengerusi berada diluar kawasan PD. Lawatan jam 1200 telah membuat semakan keatas permohonan jalan sempadan surau Taman Permainan MPK, Longkang di Lintang DYS 2 dan parkir kereta. Surat akan dimajukan kpd Ahli Majlus bahi permohonan parkir kenderaan