Thursday, April 7, 2022

STOR SAJIAN/SANGKAR RIMAU

 Alhamdulllilllah, syukur sementara menanti kerja-kerja oleh kontarak kali ini gotong royong bersama Hj Sapani, Abg Aris dan Abg Din diteruskan dengan penyiapan stor sajian bagi meletakan barang pukal/peralatan/dapur. Stor Sajian yang sedia ada penuh dengan peralatan yang sukar untuk disusun rapi. Usaha ini hanya mengunakan pagar, pintu pagar dan bahan kitar semula. Hanya dibeli dawai pagar shj (RM 56.00), cat hitam/berus thinner (RM 150.00) menggunakan wang surau. Usaha ini walaupun nampak mudah tapi memerlukan kesabaran. Ada yang gelar Sangkar Rimau dan ada juga mempunyai lontaran idea namun ianya hanya caakap kosong tanpa usaha membantu wang ringgit dan teenaga.Alhhamdulllah semasa Gotong Royong 2 Apr 22, sebahagian besar peralatan telah dipindahkan ke sangkar Rimau (Sebab musim ini banyak isu kes harimau di Malaysia). Syukur stor surau mempunyai ruang yang lebih besar bagi mengendalikan aktiviti-aktiviti makan di bulan Ramadhan. 03 Apr 22.








No comments:

Post a Comment