Monday, April 18, 2022

MAJLIS IFTAR SURAU 26/4

 Tahun ini JAIS memberi ruang utk majlis iftar peringkat surau. Perbincanhan diadakan pada 19/4 jam 1400.Rancangan disusunatur bagi memastikan majlis menjadi contoh dimasa akan datang. Sumbangan wang yg diterima. Bermula jam 0630 fgn Tazkirah oleh Ustaz Rah, berbuka, solat magrib,makan malam, solat Isyak, terawih, witir. Tetamu Dato Rahim nazir masjid Barakah, Dato Fahmi, DSP


















Idris, Jalil serta yg lain. Menu Nasi briyani, gulai kawah daging, 


Sunday, April 17, 2022

SEPUTAR RAMADHAN 22 FASA ENDEMIK

 1 Apr 22 Fas Endemik bermula,ianya macam penyakit selesama biasa yg menular dikalangan orang ramai. 2 Apr bermulanya solat Terawih dan Ahad 3/4 mula puasa. Syukur malam pertama Wang Hj Hamdani diguna beli roti untuk moreh. Bakinya digunakan bagi senggaraan surau. Hari tsbt juga Hj Hamdani menyerahkan RM 600.00 bagi wakaf kerusi batu.

Kebiasaanya solat terawih sebanyak 8 rakat dan selepas 4 rakaat akan diadakan tazkirah ringkas oleh Imam bertugas atau Imam jemputan. Selepaa solat witir diadakan tahlil arwah. Selesai tahlil ianya diedarkan moreh. Bagi yg mengikuti Tadarus akan bermula jam 1030 hingga jam 1130 malam.  Alhamdullillah.















n menyampaikan taklimat SOP dan juga berkaitan pengurusan pentadbiran surau. Sehingga malam ke 16 Ramadhan/17 Apr pihak surau telah memasak bubur lambuk, acar buah dan semalm 17/4 gulia kawah. Beberapa bekas kari ayam dan lengkung/agar2 diterima drp Masjid Barakah. Masih berbaki 14 hari dan Pengurusn surau akn mengadadakan mesyuarat pada 19/4 bagi agihan wang sumbangan tahlil, Ihya Ramadhan drp ahli kariah dan juga drp ADN Sentosa, NGO dan JAIS. 

Thursday, April 7, 2022

LAMPU SOLAR, KIPAS DINDING & SEMBURAN/FORGING NYAMUK AEDES

 Allahuakbar, syukur dan gembira kerana rancangan berjalan seperti dirancang dan Allah mempermudahankan urusan surau Al-Haqq. Pemasangan kipas angin yang dicadangkan di dalam mesyuarat Pengurusan Surau pada 30 Mac 22 direalisasikan dengan sumbangan RM 850.00 bagi pembelian kipas dinding KDK.  Manakala lampu solar juga dipasang bagi menerangi kawasan parkir. Semalam 06 Apr 22, wakil MPK/staf telah mennyediakan perkhidmatan forging nyamuk di kawasan surau. Jelas sekali keikhlasan, kebaikan dan kemruhan hati dibulan Ramadhan memberi ruang kepada ahli khariah untuk berinfak/menyumbang tenaga dan wang ringgit. Sebelum iti Hj H....... juga telah membayar infak Meja/kerusi Batu dan sebanyak RM 322.00 bagi kegunaan surau. Wang ini telah diguna bagi keperluan senggaraan surau/tombol pintu masuk muslimah dan senggaraan surau. Kemurahan Hj amat dihargai dan banyak membantu penambahbaikan surau sejak ditubuhkan. Pokok kelapa yang meliuk, pisang telah memberi makan kepada ramai jemaah/tetamu yang berurusan dengan surau. Ada juga yang menghulur secara senyap, membawa jaudah/minuman ke surau. Satu ok dan satu lagi x nyala. Air maauk dlm lampu.






STOR SAJIAN/SANGKAR RIMAU

 Alhamdulllilllah, syukur sementara menanti kerja-kerja oleh kontarak kali ini gotong royong bersama Hj Sapani, Abg Aris dan Abg Din diteruskan dengan penyiapan stor sajian bagi meletakan barang pukal/peralatan/dapur. Stor Sajian yang sedia ada penuh dengan peralatan yang sukar untuk disusun rapi. Usaha ini hanya mengunakan pagar, pintu pagar dan bahan kitar semula. Hanya dibeli dawai pagar shj (RM 56.00), cat hitam/berus thinner (RM 150.00) menggunakan wang surau. Usaha ini walaupun nampak mudah tapi memerlukan kesabaran. Ada yang gelar Sangkar Rimau dan ada juga mempunyai lontaran idea namun ianya hanya caakap kosong tanpa usaha membantu wang ringgit dan teenaga.Alhhamdulllah semasa Gotong Royong 2 Apr 22, sebahagian besar peralatan telah dipindahkan ke sangkar Rimau (Sebab musim ini banyak isu kes harimau di Malaysia). Syukur stor surau mempunyai ruang yang lebih besar bagi mengendalikan aktiviti-aktiviti makan di bulan Ramadhan. 03 Apr 22.








SISTEM TANGKI AIR




 AP P111 telah dimajukan keperluan bagi pemasangan paip air. Stainless steel, water filter dan hot/old water cooler. Telah dimaju ke Pej AP melalui wassup. Borang icu telah dimajukan kepada En Azmi pada 4 Mac 22. Perjumpaan juga dibuat pada 28 Mac 22 di pejabat beliau. Sebelum itu, menara Tangki Air Surau juga dimajukan kepada Pejabat ADUN Sentosa pada awal tahun 2021, tetapi sehingga 7 Apr tiada maklum balas diterima.

Wednesday, April 6, 2022

PEMASANGAN MIHRAB & UKIRAN/AYAT












 Hikmah banjir di Taman Sentosa pada 18/19 Dis 21 telah menyebabkan tindakan Pasca Banjir untuk meninggikan lantai surau. Ini desebabkan banjir telah mengakibatkan bahagian ruang Imam, pejabat dan bahagian pintu masuk ruang solat diresapi air banjir. Perbincangan pada 7 Jan 22 bersetuju untuk menaik taraf lantai ruang solat muslimin dan muslimat kepada 4 inci lagi. Sebanyak RM 20 ribu telah diperuntukan. Setelah diwar-warkan sebanyak RM 17, 879.00 telah diterima sumbangan daripada ahli khariah dan rakan/sahabat taulan. Seterusnya, apabila dibangunkan ruang lantai beberapa kerja kecil berkaitan turut diberi penambahbaikan. Hasilnya ruang lantai dan dinding Mihrab/ruang Imam, pejabat dan bilik Azan turut terlibat disamping kerja-kerja senggaraan yang diperlukan pada tahun 2022.

     Kerja dimulakan pada 24 Jan 22 dan berakhir 01 Apr 22 apabila dipasangkan ayat Basmallah dan ukiran di dinding hadapan Mihrab dan kiri/kanan saf hadapan. Kali ini giliran Ustaz Abdul Rahim mendapatkan dana daripada anak murid/sahabat/NGO sebanyak RM 5 ribu. Manakala pemasang Karpet pada 18 Mac 22 hasil sumbangan Yayasan Ikhlas Malaysia beribu pejabat di Bangi Selangor. Alhamdullillah syukur, suasana dan perubahan adalah diizinkan Allah jua dan di harap Allah memberi pahala yang sewajarnya kepada yang menyumbang wang ringgit, tenaga dan doa.