Sunday, November 7, 2021

MESYUARAT AJK SIRI 2/2021 - 01 NOB 2021

 Alhamdulilah,  PKP 3.0 Fasa ke 4 telah dilaksanakan pada 18 Okt 21. Semua Masjid dan surau telah diberikan penambahan Jemaah. Surau dibenarkan sehingga 100 jemaah. Arahan JAIS juga memaklumkan agar semua Masjid/Surau memajukan penyata kewangan Tahun 2020 hingga Jun 2021. Peluasan aktiviti Masjid dan surau juga dibenarkan sepertimana surat JAIS bertarikh 1 Nob 21. Ini termasuk kebenaran bagi mengadakan mesyuarat AJK dan juga Mesyuarat Agong. 

    Berdasarkan kepada peralihan dan kebenaran peluasan aktiviti, Mesyuarat AJK dilaksanakan pada 01 Nob (Isnin) . Isu pertama ialah pembentangan dan makluman mengenai Penyata Kewangan dan perancangan tahun 2021 serta pemakluman mengenai Lanjutan Khidmat AJK sehingga 31 Dis 2023. 

Mesyuarat telah dihadiri seramai 9 Ahli dan perbincangan mesyuarat mengikut agenda yang ditetapkan. Buat pertama kalinya Mesyuarat mengunakan LCD bagi penlaksanaan mesyuarat. Mesyuarat bermula jam 0915 dan tamat jam 2210. Mesyuarat menetapkan Mesyuarat Agong akan diadakan selepas 20 Dis 21dan semua Biro/AJK dikehendaki menyediakan laporan tahun 2020/21 memandangkan Tahun 2020 Mesyuarat Agong ditangguhkan kerana PKP. 

  






No comments:

Post a Comment