Monday, November 29, 2021

TAMPAL BUMBUNG & LEPAAN SIMEN









 29/11- Syukur kerja tampal dan lepa siap jam 1600. bermual jam 1500.  Terima kasih Zahrin yg menyiapkan kerja simen yg terbengkalai nulan Mei sebelum Puasa. Parking lot untuk penceramah & motosikal. 

Friday, November 12, 2021

KHULIYAH USTAZ SHAHBUDIN 15/10

 15/10 - Tajuk: SAMBUNGAN RUKUN SOLAT. KE 9

1. Ucapan Syukur..pembukaan. SOP KKM perlu dipatuhi.

2. Setiap langkah/perjalanan ke Masjid, berwuduk dirumah...dapat ganjaran 10 pahala setiap langkah dan dlm beribadah jika dlm berwudhuk.

3. Duduk dlm masjid menunggu masuk waktu, maka Allah berikan sama dgn ibadah solat. Sabda Nabi. 

4. Mukmin mendapat balasan yg baik,  balasan syurga. Cukupkah dgn hanya solat? Mukjizat nabi yg kekal hingga selamanya..Al Quran. Dekat diri, - baca, faham dan amal. Perbanyakan amalan dan Istiqamah dlm bacana AlQuran. 

Sambung...

SOLAT Rukun  ke 9..Takhiyat akhir/..berlaku ke 3 Maghrib, ke 4 Isyak, Asar dan Zohor dan ke 2 Solat Suboh.. Hukum wajib berdasarkan semua mazhab kecui Abu Hanifa/Malik mencukupi dibaca oleh Imam. Bagi memastikan solat lebih sempurna, bacaan dilafazkan oleh semua makmum. Cara duduk   secara tawaruk, lipat, masukan kaki kiri Punggung kiri di atas lantai dan kaki kiri jari tegak dan menghadap kiblat. Bacaan ...tahayut akhir...hendaklah betul dam sempurna. Wajib membawa selawat...ada juga aperbezaan pendapat..mazhab Hanafi/Maliki iany asunat shj. Bagi Mazhab Shafie...wajib selawat ke atas nabi dan juga selawat Ibrahimiah. Begitu juga mazhab Hambali. ..2016 tangguh....

MAJLIS DO SELAMAT ABG RAMLI & ANA KEMBAR

 11/11.. Hjaat Bag Ramli Teksi bagi bacaan yasin dan tahlil arwah isterinya Cik Gu Esah -iatu Perkhawinan anak lelaki beliayu pada 20/11/12 di Sg Besar Selangor. Turut berhajat Puan Ana bagi annivesary kahwin dgn En Shukri ulangtahun ke 34 tahun. Majlis dipimpin oleh Imam Muda Zul. Kehadiran muslimin 23 org dan 13 muslimat. Menu nasi tomato, ayam masak merah, acar buah. oren dan bungkusan roti krim. Alhamdullillah. Syukur                                                 












Sunday, November 7, 2021

MESYUARAT AJK SIRI 2/2021 - 01 NOB 2021

 Alhamdulilah,  PKP 3.0 Fasa ke 4 telah dilaksanakan pada 18 Okt 21. Semua Masjid dan surau telah diberikan penambahan Jemaah. Surau dibenarkan sehingga 100 jemaah. Arahan JAIS juga memaklumkan agar semua Masjid/Surau memajukan penyata kewangan Tahun 2020 hingga Jun 2021. Peluasan aktiviti Masjid dan surau juga dibenarkan sepertimana surat JAIS bertarikh 1 Nob 21. Ini termasuk kebenaran bagi mengadakan mesyuarat AJK dan juga Mesyuarat Agong. 

    Berdasarkan kepada peralihan dan kebenaran peluasan aktiviti, Mesyuarat AJK dilaksanakan pada 01 Nob (Isnin) . Isu pertama ialah pembentangan dan makluman mengenai Penyata Kewangan dan perancangan tahun 2021 serta pemakluman mengenai Lanjutan Khidmat AJK sehingga 31 Dis 2023. 

Mesyuarat telah dihadiri seramai 9 Ahli dan perbincangan mesyuarat mengikut agenda yang ditetapkan. Buat pertama kalinya Mesyuarat mengunakan LCD bagi penlaksanaan mesyuarat. Mesyuarat bermula jam 0915 dan tamat jam 2210. Mesyuarat menetapkan Mesyuarat Agong akan diadakan selepas 20 Dis 21dan semua Biro/AJK dikehendaki menyediakan laporan tahun 2020/21 memandangkan Tahun 2020 Mesyuarat Agong ditangguhkan kerana PKP. 

  






WAKAF MEJA BATU MARBLE SRI PERAK

 TERKINI 23/12 : meja Batu yg ditempah telah diterima pada jam 330 serentak dengan kehadiran NGO Bkt Katil Melaka. Mereka NGO Transit di perkarangan surau untuk membuat prnahihan pakaian, makanan dan alatan mencuci kepada mangsa banjir. 






Surau akan mengadakan wakaf 2 meja batu untuk ruang santai Muslimin dan Muslimat. Sebuah meja dgn empat kerusi untuk 6 orang berharga RM 1,100.00. Meja muslimat ditaja oleh Puan Su dan Kak Midah. Meja ke 2 akan diwar-warkan kepada ahli khariah yg berminat. Meja diempah pada 6/11 dan dijangka siap 2 ke 3 minggu.




MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT PADA 5 & 6 NOV 21

 Alhamdullillah, majlis Tajlil Arwah hajt Sdra Husni telah dilaksanakan pada 5/11 Khamis mlm Jumaat. Menu Nasi Kam Po (ayam goreng cili kering). Har Jumaat malam pula hajat drp Hj Razak sekeluarga untuk doa selamat kesembuhan Covid 19 dan juga pertunangan anak lelaki pada 14/11 di Kelantan. Hajat kedua drp Hj Fadzli Nizam kerana anak menamatkan pengajian dan mendapat anugerah Dekan. Menu disajikan nasi dagang ikan tongkol, air kotak dan buah limau. Menu ke2 pulut kuning rendang ayam. Majlis dipimpin oleh Imam Bertugas Zulkifli Jusoh. Semoga  Allah menerima hajat sdra Husni, Hj Razak dan Hj Fadzli. I








nshaAllah