Saturday, April 17, 2021

GOTONG ROYONG SEBELUM RAMADHAN









































     Setelah beberapa siri GR, hari Ahad 11/4 mulai jam 0830 kerja-kerja GR bermula dengan persiapan Kuliah Maghrib Imam Muda Megat. SU Rahim telah menyerahkan Banner/Bunting SOP dan menegdarkan borang tahlih/Doa Arwah, Sumbangan IHya Ramadhan dan juga flyers kuliah Magrib. Kerja memebersih tingkap, bilik stor mandi jenazah dan persekitaran surau. Ruang saf solat telah dijadikan hanya 1 meter bagi mendapatkan lebih raamai jemaah diruang daalam solat dan bagi memenuhi kuata 150 jemaah yang terdiri 100 orang jemaah muslimin dan 50 jemaah muslimat. Ptg setelah selesai pemasangan lampu diruang wuduk, stor dan juga menggantikan lampu down light sebanyak 20 biji.  Alhamdullillah, hampir 15 yang hadir dan sebahagian besar dapat diselesaikan sebelum Zohor. Syukur ada rakan/jiran yg ...hadir membantu dengan penuh tenaga. Meja Marmar juga diletakan di dalam ruang Bilik Sumber dan alas Meja disediakan oleh Ustazah. 

Petang sebelum Maghrib, IM Megat transit dirumah SU dan selepas sebelum solat Maghrib hadir di surau. Kuliah bermula dan kehadiran sekitar 60 orang sahaja. Tujuan kuliah Maghrib adalah bagi persediaan Ihya Ramadhan dan juga menyusun atur saf jemaah yang pertama kali dihadiri jemaah muslimat. isu-isu yang dibawa juga berkisar kepada pengisian puasa dengan ibadah sunat, wajib, sedekah dan paling utamaadalah memperbanyakan bacaan Alquran. Seusai kelas, solat Isyak dan jamuan di Bilik Sumber dan IM Megat diminta menan datangan Buku tetamau sebelum jamuan ala kadar...meehoon/bihun dan teh tarik. Hujan juga mencurah lebat seolah-olah menyucikan dosa-dosa yang hadir dan juga membersihkan laman yang dibersihkan pada paginya. Alhamdullah, syukur persiapana tatakelola SOP berjalan seperti yang dirancang. Kehadiaran walaupun kurang seperti dijangkakan, setidak-tidak ada kehadiran baru terutamanya pertamakalinya Muslimat datang berjemaah dan beberapa jemaah baru hadir setelah dibenarkan solat melebihi 20 orang AJK sejak bermulanya 22 Mac 2021 selepas Taklimat JAIS di Msjid KRU Pelabuhan Klang.

No comments:

Post a Comment