Wednesday, October 21, 2020

TEMUJANJI ~ HALANGAN YANG DIUJI SEDIKIT OLEH ALLAH

 Kita boleh rancang,  tetapi Allah jua yg menentukan. Seperti dirancang akan bertemu PTA di pejabat PAID klang jam 1100 pagi 21 Okt 2020. Selepas membuat pembelian di NSK jam sudah 1030 pagi,  sesampai di rumah.. Solat Dhuha dan bergegas untuk temujanji... 1100 sampai di PAID Klnag dimaklumkan PTA tiada ada



urusan kecemasan...tunggu juga sehingga 1145....bersabarlah walaupun tiada respond walau dah call dan Wattsupp.  Jam 1220 baru ada missed call.. Maaf ada emergency x dapat jumpa... Balas balik lain kali.. Minta tlg semak permohonan yg dimajukan.  Jam 1215 singgah di pej ADN Sentosa serah surat minta maklum balas..rasa feedup juga dgn cara dan pengurusan kerja Pej Agama dan ADN Kota Sentosa.... Iktibar... SEMEMANGNYA ALLAH YG TENTUKAN KENALAH BERSERAH BULAT2 KPDNYA,  ALLAH LEBIH TAHU...AYAT AL GHAFFIR BIL 44......sempat juga tanya kerani.... Permohonan jalna baru surau.... Sepatutnya hari ini 21 Okt JAIS cdg mesy tetapi dibatalkan kerana COVID 19....Minta direkod surat dan Kertas kerja Bilik Kuliah/Diskusi

KERTAS KERJA UNTUK PROJEK PENINGKATAN INFRASTRUKTUR 

 - BILIK KULIAH/DISKUSI/RUANG TAMBAHAN TEMPAT SOLAT

 DI RUANG SERAMBI MUSLIMIN SURAU AL-HAQQ 

TAMAN SENTOSA  KLANG SELANGOR


PENDAHULUAN

1.0 Matlamat surau sebagai tempat berkumpul/diskusi dapat direalisasikan sepertimana di dalam plan pembangunan surau Blueprint 2020-2030. Surau  adalah sebagai nadi bagi Pegawai dan AJK Surau untuk membuat perancangan bagi mengimarahkan surau, oleh yang demikian sebuah bilik kuliah/diskusi perlu diwujudkan sebagai tempat untuk berbincang dan merencanakan aktiviti-aktivi mengenai ibadah, ekonomi dan jalinan ukhwah dikalangan ahli khariah. Bilik kuliah/diskusi ini akan dilengkapi dengan kemudahan alat pandang dengar, sistem pembelajaran dan tempat perbincangan/sudut ilmu/ruang santai bagi ahli-ahli kariah dapat berbincang dengan lebih teratur dan selesa. Selain itu pelbagai kegunaan bilik ini boleh dipelbagaikan penggunaannya.

RASIONAL

2.0 Surau adalah teras utama dalam usaha memperkukuhkan kerjasama dan perhubungan sesama jemaah. Sebuah bilik/ruang/tempat diperlukan bagi merancang dan mengurus surau dan komuniti Islam dengan lebih selesa dan secara berilmiah.

TEMA

3.0 Projek bilik kuliah/diskusi adalah bertemakan suasana bilik pembelajaran dan dilengkapi kemudahan audio visual masa kini (LCD projector, skrin dan papan putih serta alat pembesar suara/amplifier mudah alih (indoor & outdoor)).

MATLAMAT PROJEK

4.0 Untuk menarik seluruh ahli kariah terutama golongan muda dengan pembelajaran  agama/kesihatan/sosial dengan menggunakan sistem audio visual, microsoft office (powerpoint dan Excell) dan sistem pembesar suara yang boleh memberi minat dan manfaat bersama. 

OBJEKTIF PROJEK

5.1   Menarik ahli kariah terutama golongan muda untuk menyokong dan turut serta di dalam pembelajaran/kuliah agama, kesihatan dan sosial/kemasyarakatan.

5.2   Memberi peluang kepada ahli khariah untuk bermusyuawarah dan membincangkan perkara atau menrealisaikan projek-projek bagi menambah ilmu, motivasi dan menambah pendapatan. 

5.3 Penyediaan bilik ini akan digunakan bagi mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi kerajaan, bukan kerajaan, ahli khidmat masyarakat/ politik di dalam penyampaikan maklumat semasa dan menyediakan peluang-peluang yang tersedia untuk dimanfaat bersama.

TARIKH PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 

6.0    Projek Bilik Kuliah/diskusi adalah projek keempat di dalam senarai Blue print pembangunan tahun 2020 -2030. Projek ini akan dilaksanakan pada Nov hingga Dis 2020 melalui dana wakaf yang sedia ada. 

TEMPAT

7.0 Ruang Legar sebelah kanan Serambi Muslimin iaitu di bahagian Pintu Masuk berhadapan Bilik Sumber Surau Al-Haqq, Taman Sentosa, 41200 Klang Selangor.  Pelan tapak adalah seperti di Kembaran A.

KELULUSAN 

8.0 Di dalam Mesyuarat AJK Siri 4/2020 bertarikh 5 Okt 2020, mesyuarat  telah bersetuju dan meluluskan agar projek blueprint pembangunan dijadikan asas pembangunan surau. Biro Jawantankuasa Ekonomi dan Pembangunan akan membuat  perancangan, keutamaan dan memantau projek sehingga siap.

 KUMPULAN SASARAN

9.0 Boleh dijadikan ruang pembelajaran untuk 20 orang secara kelas (meja/kerusi) dan  untuk seramai 28 orang jemaah apabila dijadikan ruang solat tambahan.

LOKASI DAN PELAN LANTAI PROJEK PENINGKATAN

10.0 Projek peningkatan ini melibatkan kawasan dalam ruang serambi kanan Muslimin (arah kiblat)  dengan keluasan 15 kaki x 20 kaki..

 ORGANISASI

11.0 Sila Lihat Kembaran B.

DESKRIPSI PROJEK DAN KEWANGAN

12.0 Perancangan projek pembinaan dijangka mengambl masa selama 30 hari (15 Nov 2020- 15 Dis 2020). Sumber kewangan sebanyak RM 20,000.00 ini adalah melalui dana wang wakaf sedia ada. Anggaran kos adalah seperti berikut:

12.1  Kos projek Peningkataan dan Binaan Bilik      :     RM 11,600.00

Kuliah/Diskusi (Sila Lihat Kembaran C)

12.2  Kos Pembelian Peralatan Bilik Kuliah/Diskusi      :     RM    8,400.00

(Sila Lihat Kembaran D)

KELENGKAPAN PEMBELAJARAN 

13.0 Bilik kuliah/diskusi akan dilengkapkan dengan peralatan berikut:

13.1   2 buah Penghawa Dingin (1.5 hp).

13.2   10 x meja dan 20 kerusi.

13.3   1 x LCD projector.

13.3   1 x Skrin projector.

13.4   1 x papan putih magnetic.

13.5    1 x Board kertas kajang (4 kaki x 5 kaki).

13.5    1 x Rostrum.

14.6    1 x PA System mudah alih.

PENGGUNAAN BILIK KULIAH/DISKUSI/RUANG TAMBAHAN TEMPAT SOLAT

14.0 Bilik Kuliah.  Bilik boleh menampong seramai sehingga 20 peserta secara kelas (meja dan kerusi). Kelas yang dirancang diantaranya:

14.1 Kelas Tajweed secara Bertalaqi (Warga Emas, Dewasa dan Remaja lelaki dan wanita).

14.2 Kelas Sosial/Kemasyarakatan oleh Pensyarah/ Pegawai daripada agensi kerajaan dan swasta (Kesihatan, Kerjaya dalam Jabatan Kerajaan, Sektor swasta dan Usahawan).

14.3 Kelas Motivasi dan kerjaya bagi Remaja lepasan Darjah 6, Tkt 3,Tkt 6 dan Pra Universiti ( Pensyarah jemputan).

14.4 Kelas Marhaban Wanita.

14.5 Kelas Kraftangan/Seni/Masakan/Kelas Bekam kepada ahli Khariah yang berminat (Pensyarahdari KEMAS, Kolej Komuniti dll).

15.0 Bilik/Ruang Diskusi. Boleh menampung seramai 28 orang secara berkumpulan 5 ke 7 orang (4 kump). 

15.1 Qiamulalil/Remaja Celik Ilmu. Fokus kepada anak remaja di dalam pengucapan awam, meningkat kualiti kepimpinan, kendiri dan berwawasan/ halatuju kehidupan di dunia dan akhirat. 

15.2 Diskusi Pegawai Surau bersama anak Muda/Dewasa (Lelaki dan wanita). Fokus diskusi di dalam pengalaman hidup, sistem kekeluargaan, Kerjaya, dan tugas-tugas kemasyarakatan serta ibadah harian. Fokus diskusi kepada kepada sesi benchmarking, 3 R (Reduce, Reuse & Recycle)  dan Total Quality Management)

15.3 Sesi Pencambahan Fikiran (Brainstorming). Ianya dilaksanakan di kalangan Pegawai/ AJK di dalam setiap perancangan dan aktiviti-aktiviti surau sebelum dilaksanakan.

15.4 Sesi Dialog/Hari Pelanggan. Sesi bertemu dengan Pemimpin Masyarakat/Pegawai Kerajaan.

16.0 Ruang Tambahan Solat/wirid/Halaqah Kump Kecil. Ianya boleh digunakan seperti berikut:

16.1 Semasa Solat hari Raya.

16.2 Solat sunat/Wirid individu selepas Magrib hingga Isyak atau selepas solat Subuh, Isyrak dan Dhuha (tanpa mengunakan ruang solat utama Muslimin dan Muslimah)

16.3 Majlis Akad Nikah/Berkhatan.

16.4 Halaqah Kump Kecil bersama Pemimpin Masyarakat/Ustaz.

RANCANGAN MASA HADAPAN

17.0   Bilik kuliah/diskusi/ruang tambahan tempat solat akan dilengkapi dengan bilik pantri dan tempat wuduk untuk tetamu dan peserta pembelajaran/kuliah.

PENUTUP

18.0 Projek yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi. Semoga Ahli Khariah/Jemaah dapat memberi pertimbangan dan menyokong projek ini.


20 Okt 2020


Tanda Tangan: XXXXX


(HJ MOHD TAYAZI BIN ABDUL KADIR)

Pengerusi 2020-2022



No comments:

Post a Comment