Friday, July 3, 2020

SURAU AL-HAQQ DIBUKA SEMULA MULAI 3 JUL 2020

Alhamdulillah,  syukur Semua Masjid dan Surau yg ditutup sejak 18 Mac 2020. Surat drp JAIS mengenai kebenaran silat jemaah disurau mulai 3 Jul 2020 memberi kelegaan dan kegembiraan kpd jemaah tegar.  Persiapan dibuat pada 2 Jul jam 1430 bagi menanda ruang 1 meter jarak antara jemaah. Keputusan dibuat barisan secara lurus bagi mendapat lebih ramai jemaah berbnading secara silang kerana ruang solat yg sempit. Ini mbolehkan 30 jemaah berbanding 20 jemaah jika dibuat secara silang. Sanitizer, kerta pelekat,  line caution awas,  buku nota.. Dibeli bagi keperluan mematuhi SOP. kecuali pengukur suhu masih dalam pertimbangan dan siapa yg sanggup menjadi pengukur suhu agar ianya tidak hilang. Dah menjadi norma ahli jemaah yg banyak bercakap/memberi cadangan tapi tidak ramai yang tampil sukarela intuk mengambil tanggung jawab.  Jika diarahkan akn memberi pelbagai alasan dan excuses. Yg paling sedihnya suara sumbang dan tidak berani mengambil sikap kebertanggunjawaban..soal hati,  penyakit hati atau siap egois dan penting diri. Ada yg tidak boleh ditegur,  dan membuat tindakan sendiri tanpa mempedulikan arahan bertulis pihak atasan.  Didalam kehadiran surau.. ramai sibuk dan dari sudut mengambil iktibar diatas dugaan CONVID 19 masih belum menampak pertambahn ahli jemaah baru dan kehadiran ahli yg tegar... Mungkin sebab kesibukan atas tidak terkesan dalam hati,  jiwa dan peningkatan amalan. Didoakan semoga akan bertambah ramai kaum muslimin berjemaah di surau dan masjid. 













Penyata pemantau surau
Terkini penyukat suhu

Walahhuaklam. 

No comments:

Post a Comment