Friday, January 3, 2020

Nota Pengesahan Mesy AJK Bil 1/2020

SURAT PERINGATAN

NOTA PENGESAHAN MESY AJK SURAU AL-HAQQ 022130 JAN 2020

1. Ucapan Pengerusi. Ucapan aluan kepada semua yang hadir terutamanya AJK 2017-2019.  Mengariskan 4 elemen utama dalam pengurusan surau dan Buku Peraturan Pengurusan Masjid dan surau tahun 2017. Pengerusi memohon kerjasama semua ahli ya hadir untuk memberi sokongan dan kerjasama kepada AJK 2020-2022 di dalam mentadbir dan mengurus Surau Al Haqq.

Perbincangan
2. Agenda 2.  Kuasa Pelantikan dan Bidang Tugas AJK.
2.1 Pengerusi memaklumkan surat pelantikan telah diluluskan oleh MAIS pada 23 Dis 19. Majlis penyerahan surat pelantikan disampaikan oleh Nazir Masjid Barakah pada 302000Dis 19.
2.2 Pengerusi juga mengedarkan file kpd AJK yg dilantik untuk semakan dan kemaskini.

Keputusan 
2.1Semua AJK ambil maklum

2.2 AJK perlu menyemak bidang tugas dan membuat pindaan kpd tugas berkaitan.

Perbincangan
3. Agenda 3. Cadangan Penubuhan Biro dan Ketua Biro serta Ahli2.
3.1  Ahli mesyuarat bersetuju agar AJK menyenaraikan Biro yg akan ditubuhkan dan mencadangkan di mesyuarat Khas.

3.2  Pemilihan Ahli bagi lantikan surau akan dicadangkan oleh AJK bagi mengisi kekosongan Ketua dan Ahli.

Keputusan
3.1 Mesyuarat akan diadakan oleh AJK sebelum 15 Jan 2020.

3.2 AJK akan membuat semakan dan mencadangkan nama ahli kariah untuk dibincangkan pada mesyuarat kan datang.

Perbincangan & Keputusan
4. Agenda 4. Laporan Tahunan AJK & Biro (2019). Semua AJK tahun 2019 diperlukan untuk memajukan laporan aktiviti tahunan. Laporan hendaklah dimajukan kepada Setiausaha sebelum 15 Jan 2020.

Perbincangan
5. Agenda 5. Rancangan Aktiviti 2020.
5.1  Pengerusi mencadangkan AJK untuk meneruskan aktiviti sediaada sehingga 1 Feb 2020.

5.2  Pengerusi mencadangkan agar semua AJK dan ahli kariah untuk mencadangkan aktiviti tahun 2020.

Keputusan
5.1 Semua AJK bersetuju.

5.2 Semua cadangan boleh dimajukan kepada Pengerusi/Timb Pengerusi dan Setiausaha secara terus melalui wasap  atau dibawa semasa mesyuarat AJK.

Perbincangan
6. Agenda 6. Rancangan Infra dan Senggaraan.

6.1  Pengerusi mencadangkan Blue print Pembangunan sehingga 2022.
6.2  Biro dan Jawatankuasa khas akan dilantik untuk menilai dan merancang blueprint surau sehingga 2025.

Keputusan
6.1 Semua ahli kariah dijemput untuk memberi cadangan projek.
6.2 Satu Biro khas akan dilantik dan memilih ahli yg profesional untuk mengetuai biro tersebut.

Perbincangan
7. Agenda 6.Pengurusan Kewangan.
7.1  Bendahari diperlukan untuk menyediakan penyata dan analis kewangan tahun 2019.

7.2.  Tugas Bendahari ke 2 akan dibincangkan dalam masa AJK nanti.

Keputusan   
7.1 Bendahari sedia maklum untuk tindakan sebelum 15 Jan 2020.
7.2  Tugas Bendahari ke 2 akan diputuskan dalam mesyuarat AJK.

Perbincangan & Keputusan
8. Agenda 7. Pengurusan Pentadbiran & Logistik Beberapa Biro akan diwujudkan berdasarkan keperluan surau bagi memantapkan pentadbiran surau.

Perbincangan
9. Agenda 8. Kemaskini Ahli kariah/Asnaf/Anak Yatim.
9.1  Semua ahli kariah disarankan untuk mendapatkan nama dan alamat penghuni islam dikejiranan masing2.

9.2. En Shamsudin selaku penolong Amil untuk menyediakan/mengaskini senarai penduduk/ahli kariah, asnaf,  OKU dan anak Yatim.

Keputusan
9.2 dan 9.2  Kerjasama semua ahli kariah diperlukan. Senarai nama. Alamat jiran boleh dimajukan kepada En Shamsudin. Kemaskini Penyata perlu dibawa semasa mesyuarat AJK akan datang.

Perbincangan
10. Agenda 9.Hal-hal Lain.
10.1 Tuan Iman Zulkhairi mohon penjelasan mengenai lantikan bagi tambahan Imam,  Bilal dan Siak yang belum dimuktamadkan oleh pelantikan Surau. Pengerusi menjelaskan Iman k2,  Iman Ke3, Bilal ke2 dan Bilal ke3 telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas pemilihan AJK 2020 pada 6 Dis 19.

Keputusan
10.2 Pengerusi memaklumkan senarai nama ya diputuskan dimajukan ke dalam senarai organisasi AJK tahun 2020. Bagi lain2 ahli dan nama Biro akan dibincangkan dalam mesyuarat AKK akan datang.

11.   Penutup. Setelah tiada apa ugama dibincangkan mesyuarat ditangguhkan pada jam 2215. Mesyuarat akan diadakan sbelum 20 Jan 2020.

Tarikh: 04 Jan 2020

XxxxxxX
SU Surau AlHaqq
XxxxxxxX
Disahkan oleh Pengerusi Surau



No comments:

Post a Comment