Friday, October 18, 2019

CERAMAH DARI WAKAF SELANGOR

Ceramah  akan diadakan pada, 24 Okt 19 selepas solat Magrib.  Poster seperti dikepilkan...

Antara intipati syarhan adalah memaklum dan memjelaskan tujuan dan objektif wakaf.  Wakaf Selangor ditubuhkan 8 tahun lalu sebagai salah satu cabang kutipan selain drp zakat.  Wakaf ini terbahagi 2 yang noleh disumbangkan oleh orang Islam. Iaitu Wakaf Am dan Wakaf khas.  Wakaf am boleh disumbang paling minima RM 10.00. Manakala wakaf khas setakat ini RM 28 juta bagi masjid Punchak Alam.  Objektif Wakaf  Selangor...1) Mengurus dana dan harta yg diwakafkan. 2) Membahagi wakaf am kepada mereka yg memerlukan bantuan. 3) Mengumpul dana wakaf untuk ekonomi umat Islam dan menambah harta dan hakmilik umat Islam dan memberi ruang dan peluang kepada umat Islam berwakaf untuk saham akhirat. Potongan boleh dibuat melalui potongan gaji bulan serendah RM 10.00 atau melalui kaedah SI (standing instruction) kpd bank (Maybank, CIMB). Jamuan makan malam.. Bihun Tomyam dan bubur jagong dan air teh O......

No comments:

Post a Comment