Wednesday, October 30, 2019

KELAB BADMINTON SURAU








Alhamdullilah, seperti biasa malam Rabu 3 Okt 19 malam Rabu, permainan badmnton kelab diadakan Di 89 Arena Sport jam 2200. Malam ni hanya 6 pemain terdiri drp Hj Hasnol, Hj Tayazi, Nizam, Husni, Khairi dan Zaki hadir. Separuh masa permainan turut serta 4 remaja untuk mengasah bakat. Selepas sejam tambahan booking selama 30 min bagi melengkapkan permainan. Repay jam 1130 lampu dipadamkan. See next week dgn lebih ramai permainan turut Padang.
Hari 13 Nob 19.

4 DIS 19.....masih bertahan lagi. Kali ini ada yg bawa anak untuk bersukan.




Tuesday, October 29, 2019

TEMUDUGA PENGERUSI DAN IMAM SURAU KLANG

Pemakluman dibuat melalui Telefon menjemput sesi temuduga Pengerusi dan Imam Kawasan Klang. Sesi temuduga diadKan pada Selasa 29 Okt 19 Di Pej MAIS berhampiran Pej SYABAS. Selepas minum pagi Di gerai Al Haqq bersama Imam Zul kami sampai Di bangunan JAIP jam 0915 dan mendaftar nama dikaunter. Jam 1030 baru dipanggil masuk untuk sesi tersebut. Bagi jawatan Pengerusi 2 orang Panel dan soalan yg ditanya lebih kepada mengenal calon dan permasalahan serta rancangan dimasa hadapan. Manakala calon Imam dikehendaki membaca surah Al Fatihah, tashahud serta soal jawab mengenai tajwid dll. Sesi kami tamat jam 1130 pagi. Pemerhatian...Kurang yang persiapan ahli panel, kerana sewajarnya ada mengikut garis panduan yang disediakan. Hanya jemputan melalui telefon, sepatutnya dimaklum melalui Surat/email memaklumkan tujuan,objektif dan keperluan khas atau umum kepada calon-calon.

Friday, October 25, 2019

KITAB DAN BUKU YANG DIWAKAFKAN

Berbaris kitab dan buku yg diwakafkan untuk bacaan dan rujukan ahli jemaah.  Pelbagai baham bacaan yg disumbangkan tetapi amat sedikit meluangkan masa untul membelek,  membaca isi kandungan apatah lagi mengamalkanya. Usaha perlu digembleng untuk ahli jemaah untuk membuka dan membaca walau hanya sebaris,  semuka atau satu tajuk.  InshaAllah ilmu yg ad dapat diamalkan atau memgetahui apa yang tersurat dan tersirat. Sehingga kini Kitab Tafsir Al Aisar...






tulisan Sheikh Abu Bakar.. Keluaran Darus Sunah, tinggal jilid ke 7 untuk dihabiskan

Friday, October 18, 2019

CERAMAH DARI WAKAF SELANGOR

Ceramah  akan diadakan pada, 24 Okt 19 selepas solat Magrib.  Poster seperti dikepilkan...

Antara intipati syarhan adalah memaklum dan memjelaskan tujuan dan objektif wakaf.  Wakaf Selangor ditubuhkan 8 tahun lalu sebagai salah satu cabang kutipan selain drp zakat.  Wakaf ini terbahagi 2 yang noleh disumbangkan oleh orang Islam. Iaitu Wakaf Am dan Wakaf khas.  Wakaf am boleh disumbang paling minima RM 10.00. Manakala wakaf khas setakat ini RM 28 juta bagi masjid Punchak Alam.  Objektif Wakaf  Selangor...1) Mengurus dana dan harta yg diwakafkan. 2) Membahagi wakaf am kepada mereka yg memerlukan bantuan. 3) Mengumpul dana wakaf untuk ekonomi umat Islam dan menambah harta dan hakmilik umat Islam dan memberi ruang dan peluang kepada umat Islam berwakaf untuk saham akhirat. Potongan boleh dibuat melalui potongan gaji bulan serendah RM 10.00 atau melalui kaedah SI (standing instruction) kpd bank (Maybank, CIMB). Jamuan makan malam.. Bihun Tomyam dan bubur jagong dan air teh O......

MAJLIS DOA SELAMAT ABANG SALAH & RUMAH SDRA FITRI (PPUM)

17 Okt 19...majlis doa selamat & Tahlil/arwah selepas solat Magrib dan dikuti jamuan di surau.  Menu nasi kerabu dgn telur asin.  Sedap dan menyelerakan. Malam tersebut  hujan lebat diiringi petir dan guruh mulai masuk waktu  Maghrib dan berterusna sehingga solat Isyak. Majlis bacaan Yassin dan Tahlil serta doa selamat dipimpin oleh Imam Hj Sapani.  Peristiwa Kak kpd Kak L.. Mah dtg mengejut jemaah diluar serambi surau kerana berprasangka adanya masalah... Beliau takut.... jaah ingat nyonya ada masalah untuk memohon bantuan.

Hari ini 18 Okt,  selepas Pengajian oleh Ustaz Shahbudin dan solat Isyak, jemputan  ahli kariah bagi majlis bacaan Yaasin dan doa selamat  bagi meraikan musafir bapa fitri dan keluarganya untuk menunaikan ibadah umrah. Majlis dipimpin ustaz Shahbudin. Menu.. Daging black pepper,  nenas  masak lemak ikan kering,  terung sambal,  sambal sotong dan kueh mueh serta bubur jagung/sagu. Buah oren dan air teh O dan sirap.

Tuesday, October 15, 2019

PROJEK KECERIAAN - KOLAM IKAN/SUDUT ILMU

Selepas selesai program kitar semula,  rancangan untuk meningkat keceriaan surau disusuli.  Secara spontan lontaran cetusan kolam bela ikan mendapat reaksi jemaah.  Ada nampak setuju,  tidak pasti dan juga melontar pendapat atau cadangan  penambahbaik. Dari sudut umum dan perancangan pembanhbaik surau belum dimasukan ke dalam Rancangan Tahun 2019/2020. InsyaAllah projek keceriaan akan disiapkan dengan mengambilkira itu pendapat jemaah dan sokongan AJK.  Buat percubaan,  takungan dan pam air serta aliran letrik telah dipasang dan diuji.  Air takungan mempamirkan kebocoran kecil fibhg sudut kiri,  stopper dan overflow paip.  Kerja2 tampalan dan pembaikan takungan fibre akan dilaksnakan sebelum 26 Okt.  Manakala rekabentuk,  flora dan fauns serta illustrasi keseluruhan  akan dibuat sebelum 1 Nov 19.






BURGER AL HAQQ

Mlm ni 15 Okt 19, Burger Al Haqq Mila beroperasi. Alhamdullilah, Bermul



a 1730 hingga 2300.  Boleh buat  tempahan atau hantaran (3biji ke atas). Makan disitu atau bawa  balik.
Dah buat Bunting stall burger.  Alhamdulillah,  semalam rezeki towkey burger dapat rezeki kerana puan Ana order untuk doa selamat suaminya masuk hospital.  Menu malam semalam... Nasi lemak hijau sumbangan Mr Koval dan bubur  nasi oleh Abg Hamdani. 

Monday, October 14, 2019

CALON JAWATAN SURAU AL HAQQ SESI 2020-2022

Sila ambil perhatian :

Calon² AJK surau sesi 2020-2022 yg dilantik hendaklah mengisi borang Perakuan maklumat diri. Berikut ialah calon² yg dipilih :

1. Pengerusi - Hj Tayazi
2. T. Pengerusi - Mohd Nor
3. Imam - Zulkhairell
4. Bilal - En.Nizam
5. Siak - Hj. Razali
6. Bendahari - En. Aris
7.Tim. bendahari -En.Maarof
8. Setiausaha - Hj. Fadzli
9. Pemuda - En. Azman
10. Muslimah - Hjh Rohana
11. Jenazah (w) - Hjh Rumi
12. P. Kira² - Hj. Radzi
13. P. Kira² - En. Samsudin
14. AJK - Hj. Hamid
15. AJK - Hj hamzah
16. AJK - En. Khairi.


Saturday, October 12, 2019

KUCING KEMATIAN IBU

13 Nob 19...Dah 4 bulan dari 4 tinggal 3.Tompok hitam putih paling kecil mati dihempap pintu cermin dan keesokan datang lagi 2 ekor warna coklat dan hitam.  Hitam diambil oleh Ewan,jadi balik 4


Sept. Dah lebih  sebulan kucing kematian ibunya.  Skrg dah mula membesar hampir 3 bulan.  4 ekor 2 hitam putih,  satu putih dan oren itam putih. Skrg dah pandai makan pelet dan juga suka lepas bebas. Abang Hj Razak jadi bapa angkat dan aku bantu bila diperlukan. Ramai anak2 surau bermain dgn anak2 kucing.  Seronok tengok keletah dan gurauan anak2 kucing comel.



PENGAJIAN OLEH USTAZ BASHA 12 OKT 2019



Kelas malam ini bertajukPanduan  Amal Sehari  Semalam oleh Ummu Atsari dan Abu Atsari. Topik berkumut dan masuk air ke hidung.  Juga dimulakan kelas dengan isu Viral akn berlaku Kiamat pada 2020 semasa bulan Ramadhan... Seterusnya kelas dimulakan... Bersungguh2 berkumur dan ke dalam hidung untuk membersihkan mulut dan membuang kotoran dalam hidong.  Dalam bulan puasa tidak digalakan berlebih-lebihan. Selepas bangun tidur disunnatkan untuk menyedut air ke dalam lubang hidung. Malam ini tidak ramai muslimat kerana mengikuti aktiviti  di Homestay Sh Lang Banting  Selangor.

Bagi yg ada janggut kena menyelat 2nya.., begitu juga celah jari tangan dan kaki.  Pastikan bawah buku lali digosok2. Basuh kepala, telinga dan tengkuk. Diakhiri  dgn doa... Allah akan buka 8 pintu syurga dan pilihlah mana2 yg ia suka.  Doa.. Ashahudan lah illahainta,  atau.. Semasa sujud....Tasbih kifarah. Sebaiknya solat 2 rakaat Sunnat Wudhu. Jika ada masa.  Buat solat wudhu. Sunat Masjid dan Qibliah waktu... atau jika tiada masa boleh diniatkan ke3 solat sunat ini. Sempurna lah wuduk kamu maka sempurnalah solat kamu.

Wednesday, October 9, 2019

KELAB SUKAN BADMINTON SURAU AL HAQQ

Alhamdulillah,  kali ke 3 turun main badminton di 89 Arena Sports
 Kali ini seramai 9 pemain vet dan mud



a turut serta.  Senarai pemain Hj Tayazi. Hj Hasnol,  Badrol, Dewasa Imam Zulkhairul, Md Noor,  Husni. Khairi. Nizam & Azman. Mlm ni 9 Okt 19..kutipan RM 20.00/pax. Bayaran gelanggng Rm 30.00 untuk 1 jam 30 minit.  Bendahari ditugaskan kpd Khari bagi pengurusan tabung KBSAl-Haqq.