Friday, July 28, 2023

PROJEK GERAN KECIL ALAM SEKITAR DI BAWAH KERAJAAN TEMPATAN SELANGOR











































 Bermulanya pada 9 Jun 2023 dengan mengisi borang permohonan dan kertas kerja telah dimajukan ke Bhg PBT Exco Pelancongan dan Alam Sekitar/Teknologi Hijau. Permohonan melibat 2 projek iaitu Projek Ternakan Ikan Dalam Tangki Fiber dan Pengumpulan Kitar Semula bahan domestik (kertas/plastik/tin kalung/besi dll).  Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 jun 23. Pada 11 Julai 2023 diterima maklumat bahagian Surau Al-Haqq telah berjaya sebagai penerima tunggal rumah Ibadah dan penyerahan telah dilakukan oleh YB Exco Pelancongan pada 21 Jul 2023 di Foyer SSAAS Shah Alam. Sebanyak RM 1.2 J disediakan bagi Geran Kecil Alam sekitar dan Teknologi Hijau. Walaupun surau emohon sebanyak RM 23 ribu bagi kedua-dua projek tetapi hanya diluluskan sebanyak RM 10 ribu shj. Sehubungan itu, hanya 3/4 bahagian diperuntukan kepada Projek Ternakan Ikan dan baki adalah bagi Projek Kitar Semula.

      Projek ini telah dirancang dari kesinambungan projek pilot ternakan ikan sedia ada yang bermula pada Okt 2022. Memandangkan ruang sedia ada akan digunakan di bawah projek Kebuniti Madani daripada Jabatan Perikanan Malasia (DOF), projek ini dilaksanakan di Laman Hijau berhampiran Pintu Pagar D bersebelahan stor kitar semula. Tapak berukuran 13 kaki lebar dan panjang 23 kaki disimen. Kerangka bagi menempatkan tong fiber akan diletakan di atas tapak tersebut dan rumah hijau akan dibina bagi mengelak sinaran matahari secara terus ke kolam akan dibina. Peringkat pertama akan menyiapkan infrastruktur tapak, kolam tangki, sistem saliran dan penapisan. Pembinaan rumah hijau akan dilakukan apabila siapnya projek tapak dan sistem ternakan. Fasa kedua melibatkan pelancaran program serta taklimat oleh agensi kerajaan/swasta yang dilibatkan. Memandangkan objektif projek GKAS ini sebagai pemangkin/usaha mendidik dan berdikari di dalam keterjaminan makan dan alam sekitar serta penggunaan teknologi hijau, ianya telah dirancang seirig dengan matlamat/objektif tersebut.

Visi dan Misi surau sebagai satu Institusi yang Cemerlang dan Ukhwah dengan salah satu fungsi surau sebagai pusat sehenti dan kegiatan sosial/ekonomi kemasyarakatan.

10 - 20 Ogos.  Kerja2 awal penyediaan tapak ternakan mula dirancang dan disusun atur dengan frame takungan air, platform drp pallet dan beralaskan papan lapis dan dibalut dgn plaster wrapped. Kanvas 20 kaki x 20 kaki diguna bagi menggantikan tangki plastik fiber. Penahan kanvas dinina menggunakan plastik wrapped 5 lapis dan clipped menggunakan pipe pvc 3 inci. Hari ini 20 Ogos, Pipe pvc 20 mm, pipe pvc 3 inci. Pembinaan salur  bumbung bagi pengumpulan air hujan siap jam 1700....next piping,  penapis dan tangki simpanan air hujan....