Kali ke2 majlis bacaan Yaasin disurau semenjak dibenarkan dlm masa PKPP. Pada awal Ogos sempena awal Muharam..tahlil Perdana, Al Mathurat. InshaAllah bacaan AlMatsurat Sugra akan diadakan sekali dlm masa sebulan. Pembelian buku akan diadakan dlm minggu ini. Alhamdullilah selesai majlis diberikan nasi minyak ayam masak merah basmathi oleh Hj Hamdani.
Thursday, August 27, 2020
KITAR SEMULA RAK YANG TERBIAR
26 & 27 Ogos 2020......Alhamdullilah, setelah gerai ditutup sejak PKP..ada Rak yg terbiar kena hujan panas. Setelah hampir 4 bulan tersadai dibawah ruang berbumbung, diletak di serambi muslimah. Hajat nak baiki yg pecah dan reput...dipermudahkan dengan kos beli wallpaper 4 gulung di kedai diy RM 6.30 dan screw pjg 3 inci RM 1.75 dgn dibantu isteri menampal rak siap dlm masa 2 hari...polish, buang yg reput, luruskan rak yg senget dan gantung disudut kanan ruang solat. Drill dan siap dlm masa 45minit. Semoga bermanfaat dan kekal digunapakai. InshaAllah...
Rak terbiar...sedut tiang |
Friday, August 21, 2020
UPDATE BILIK SUMBER...
Bilik siap tapi belum pasang grill tingkap dan grill pintu. Walaupun dimaklum pada tukang bina bilik sumber, nampaknya dia tidak buat seperti dikehendaki. Selepas hampir sebulan siap, grill yg lama diblkg kitar semula diambik dan diletakn ditingkap. Selwpas itu, minta tukang datang kemaskan dan cat balik grill drp warna biru ke warba hitam. InshaAllah pintu grill akn disiapka
n sebelum 20 Ogos 2020.
KUCING DIBUANG KE SURAU
Sebanyak 13 ekor anak kucing dibuang oleh hamba Allah pada 14 Ogos tengahri Jumaat. Kesian masih kecil dan 6 ekor bersama ibu. Sehingga 21 Ogos telah 3 ekor mati.. Kucing juga mengajar aku kesabaran dan kasih sayang. Adakala kesabaran teruji bila dikurung pandai keluar dan berak dlm bekas makan. 6 ekor dgn ibunya dah pandai merayau. Yg tiada ibu, tak pandai berdikari dan yg ad ibu pun comot...mungkin kali pertama melahirkan anak. Kebiasaan ibu kucing akan pindah annak2 jika ada orang ganggu atau kacau tempat tidur/sarangnya......
KULIAH SUBUH USTAZ BASHANNUAR AWAL MUHARAM 1442H
Alhamdullilah, tahiah kpd Biro Dakwah kerana berjaya mengadakan program Munajat Matshurat Sugra doa akhir tahun, awal tahun dan kuliah subuh. Syukur hampir e0 jemaah termasuk muslimah hadir. Kuliah Subuh menyelusi sejarah takwim Islam, ibrah dan pengajaran yg dapat diambil drp pwristiwa hijrah. Bagaimana baiah bebrapa pemuda drp Yathrib dtg untuk berbaiah di Jamrah. Banyak lagi dikisahkan walaupun iany ulang siar saban tahun. Azam diawal tahun dan masih ramai yg hanya mengucapkan berhijrah drp buruk ke baik drp baik ke lebih baik tetapi amat sedikit memgamalkan.....Jamuan berbungkus nasi lemak kuliah subuh disediakan oleh surau. Wslm
Sunday, August 16, 2020
Kuliah Maghrib Ustaz Sharizal 14 Ogos 2020 & KUCING DIBUANG ORANG.
Kuliah mengupas Hadis ke 10 drp Hadis 40. Mengenai Niat. 4 jenis manusia...1. Ada Harta dan ada Ilmu dan bertakwa kpd Allah. 2. Tiada harta tapi ada ilmu dan niat berbuat naik bila ada harta. Tiada ilmu tiada harta...sombong dgn Allah.
Friday, August 7, 2020
PROJEK JALAN BARU, PARKIR KENDERAAN DAN PEMBINAAN PAGAR
Alhamdullillah, surat ke Pej ADN 48 telah dimajukan dan salinan maklumat kpd AP Kota Rajah, MPK & PAID Klang. Surat seterusnya dimajukan permohonan ke PAID Klang berserta Borang Permohonan bagi kelulusan pembinaan.