Tuesday, June 16, 2020

KORBAN CONVID 2020 31 JUL 2020

Syukran rancangan membeli lembu korbna melalui  kaedah kutip separuh bayaran pendahuluan separuh drp peserta berjalan setelah ditangguhkan akibat PKP,  PKPB & PKPP. pengedaran borang dibuat pada bulan Feb dan sebelum PKP hanya 2 ekor ditempah.  Selepas PKPP diisytihar kan pada 8 Jun dan ibadah korban dibolehkan dan SOP akn dikeluarkan, BIRO Dakwah telah membuat pengumuman tempahan korban dibuka dan hanya 3 ekor shj akn diadakn memamdang masa yg agak singkat dan dijnagka SOP yg ketat.  SU BD&PK Sdra Nizam telah berjaya mendapatkan senarai peserta serta mengumpul bayaran. Bayaran penuh juga telah dibuat kepada Penjual lembu Ustaz Basannunahar pada 15 Jun sebanyak RM 11, 400.00. Mesyuarat dan senarai semak akan dibuat setelah



mendapatkan SOP daripada MAIS. 

Saturday, June 13, 2020

PEMASANGAN PENGHAWA DINGIN BILIK SUMBER


Hj Sood dibnatu abang Din mengecat bumbung tandas muslimah pada 14 Jun 2020





ALHAMDULLILAH..Walaupun tergendala pembinaan Bilik Sumber dari 8 Mac hingga kini, ianya siap dibina dan terakhir adalah pemasangan penghawa dingin jenama Daikin 1 Hp. Ianya adalah sumbangan Wakaf.. bagi Arwah Hj Abd Kadir dan Hjh Bahtom.Dipasang pada 14 Jun 2020 RM 1,300.00 daripada Zata Services. 

ARAHAN MELANJUTKAN PKPB KE PKP MULAI 10 JUN KE 31 OGOS

Perintah penutupan sementara masjid dan surau kekal dengan 3 orang shj dibenarkan. Didapati peraturan tidak mengembirakan ramai jemaah tetapi diatas kebaikan dan juga memutuskan rantaian CONVID -19 Peraturan MAIS & Sidang Akbar Su Sultan Selangor dipamerkan dipapan kenyataan surau dan papan putih didalam ruang solat untuk bacaan IMam ,Bilal dan Siak. Ada juga yg menanggap Pengerusi yg tidak membenarkan jemaah berjemaah melebihi 3 orang ataupun tidak perlu menguatkuasakan perintah dan membenarkan melebihi 3 orang. Apabila Arahan dipamerkan di belakang papan putih ada yg mengubah papan kenyataan seolah2 tidak boleh digunapakai atau terpakai. Inilah ujian semasa fasa PKP, PKPB & PKPB. Isu untuk membenarkan gerai jualan juga dibangkitkan di atas alasan Mk membenarkan gerai beroperasi dgn mematuhi SOP. Ini juga susulan kehilangan peti ais, dapur penunu, bekas masak air panas dan cermin pamir burger dan dikatakan isu keselamatan pintu pagar tidak berkunci oleh penyewa petak parkiran kenderaan. Tindakan mengenai masalah ingkar arahan dirujuk kpd Biro Dakwah dan isu keselamatan kepada Biro keselamatan. Tindakan akan diambil bagi menangani masalah ingkar arahan MAIS dan memantapkan kawalan keselamatan surau.

BAYARAN INSENTIF DARIPADA KERAJAAN SELANGOR NTUK MASJID DAN SURAU

Syukur selepas penerimaan moreh drp kerajaan Selangor melalui ADN Sentosa berjumlah RM 300.00 dan terkini bayaran insentif bernilai RM 1,500.00. Bayaran adalah bagi Pengerusi, dua Imam, seorang Bilal dan seorang Siak. Kali ini bayaran dibayar ke akaun Surau. Maklumat PAID Klang memerlukan setiap surau memajukan penyata bank samada di kaunter atau e-mail. Manakala atas inisiatif wasup GP Pengerusi Surau Klang telah membuat senarai Surau  yg memajukan penyata bank. Surau Al Haqq telah memajukan e-mail dan setelah senarai dikeluarkan Surau Al Haqq tidak disenaraikan. Maklum balas dimajukan ke PAID Klang dan dimaklumkan senarai yg dkeluarkan oleh wasup Pengerusi Surau tidak terpakai. Sekali lagi dimajukan wasup terus kepada Ustaz Aq dan dikatakan penyata bank tidak jelas. Seterusnya datu surat iringan dan penyata bank dimajukan ke Kaunter PAID Klang pada 12 Jun 2020. InshaAllah sekiranya berjalan dgn baik bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun surau.