Sunday, July 7, 2019

SAMBUTAN AIDIL FITRI SURAU 30 JUN 2019

Majlis gotong royong memasak bermula jam 0900 dengan memotong bawang, ubi dan membasuh ayam, daging bagi sate dan nasi minyak berlauk ayam masak rose dan kambing beriani. Jam 1700 semua masakan telah siap untuk dihidangkan dan sate dan kepak ayam mula dibakar. Jam 1900 semua hidangan disusun atur. Selepas solat Magrib bermula jamuan dengan ucapAn dan doa. Ramai tetamu mula datang dan diteruskan sehingga solat Isyak. Menu utam sate ayam, sate daging, nasi minyak, char kuew tiew, roti John, ais cream, salad, rojak dan kueh raya. Jam 2200 selesai jamuan dengan edaran duit raya untuk kanak2 dan ibu tunggal.